“Ibu Saya Diti4rapkan” – Achey R1sau 7 Ahli Keluarga P0s1tif C0V1D-19, Jadi ‘Runner’ Hantar Keperluan Di H0spital & Rumah

Pelawak Achey memberitahu ibunya, Ngaisah Hassan, 73, kini masih menerima rawatan sebagai pes4kit C0V1D-19 tahap tiga di Hospital Segamat, Johor.
Bagaimanapun, ibunya terp4ksa diletakkan di dalam wad pes4kit C0V1D-19 tahap empat memandangkan perlu mendapatkan pemantauan rapi.
“Hospital hubungi saya dan memaklumkan dia ada rad4ng sedikit di paru-paru dan ubat anti-radang masih dimasukkan dalam badan sampai 14 hari. Jadi, dia ada baki dalam 4 hari. Dia demam sedikit.
“Ibu saya sebenarnya stage 3, tapi dia diletakkan di dalam wad stage 4 sebab dia perlu pemerhatian yang lebih rapi.
“Dia ada demam dan masih dimasukkan antibi0tik untuk menguatkan badan, sehingga kini masih memerlukan bantuan oksigen dan ditidurkan secara meniarap. Badan pula semakin susut. Kesihatan dia turun naik,” katanya kepada Gempak.
Jelas Achey, keluarganya dijangkiti v1rus berb4haya itu bermula daripada pelanggan yang membeli jualan mereka di tepi jalan.
“Keluarga saya cari makan dengan menjaja tepi jalan dan jual produk sendiri. W4bak ini berj4ngkit daripada pelanggan, apabila bawa balik rumah seorang demi seorang kena bermula dengan abang saya, ibu saya dan kakak.
“Buat masa sekarang kakak saya sudah balik, tinggal abang dan ibu saya masih dirawat di hospital.
“Balik saja kakak saya, adik saya, Natasha pula dibawa ke PKRC Johor Bahru. Hari ini dapat tahu adik ipar perempuan dan anaknya pula p0s1tif C0V1D-19. Kemungkinan dia tiga beranak akan dibawa untuk ku4rantin.
“Ada dua orang lagi yang belum ada keputusan iaitu suami kepada adik saya Natasha dan abang sulung saya. Ramai di rumah dan berganti-ganti,” tambah Achey.
Kata Achey lagi, kemal4ngan yang menimpanya pada Julai lalu ada hikmah apabila kini dia dan isteri, Nor Hasanah Yahaya menjadi jurugegas menghantarkan barang keperluan di hospital dan rumah keluarganya di Labis.
“Ada hikmah sebenarnya selepas saya patah tangan, saya diuruskan oleh isteri saya di rumah mentua saya. Jarak dengan rumah keluarga saya di Labis cuma 15 minit.
“Bila semua kena (C0V1D-19), yang boleh hantar makanan dan keperluan hanya saya dan orang rumah saya. Kami saja yang free. Kalau saya tak berapa sihat, isteri saya tolong hantarkan.
“Kadang-kadang saya yang hantar, tapi maklumlah nak bawa kereta pun susah sebab tangan dah dua-dua cedera, tak boleh nak pusing stereng. Cuma, apa boleh saya katakan sekarang apa yang berlaku, jalan je dulu.
“Kami tak boleh ambil barangan dari rumah keluarga untuk dihantar ke hospital sebab di rumah ramai yang p0s1tif.
“Jadi, apa keperluan di hospital dan pusat kuar4ntin kita perlu beli baru. Sama juga dengan rumah di Labis yang perlukan keperluan pun kami juga yang akan hantarkan. Kejap hospital, kejap ke Labis,” tambahnya.
Menerusi kemaskini di Instagram, keluarga Achey mula dimasukkan ke hospital di Johor sejak minggu lalu akibat dij4ngkiti C0V1D-19.
Sumber: Gempak
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: