“Dia melutut depan saya dan dengan senyum dia kata… Siti dah tak ada, abah. Saya rasa dunia ni macam sangat sepi,” – Raissuddin

MENDENGAR perkhabaran anak perempuan kesayangan terlebih dahulu pergi buat selama-lamanya cukup membuatkan Raissuddin Hamzah kelu dan hilang kata-kata.
Bagaimanapun menurut Raisuddin yang juga penyanyi era 80-an, dia reda dengan pemergian Siti Sarah sungguhpun masih belum bersedia dengan kehilangan itu.
“Malam tu (awal pagi Isnin) Shuib datang jumpa saya, dengan senyum dia kata… abah orang nak pegi hospital.
“Dia melutut depan saya dan dia kata… Siti dah tak ada, abah.
“Saya rasa dunia ni macam sangat sepi,” katanya sambil menahan seb4k.
Gambar kenangan Shuib bersama arwah isterinya, Siti Sarah.
Raisuddin mengimbau kembali saat itu pada majlis bacaan tahlil dan doa selamat buat Allahy4rhamah Siti Sarah yang diadakan secara maya pada malam Selasa.
Dalam pada itu, Raisuddin, 65, turut berkongsi keperibadian Siti Sarah yang disifatkan sebagai seorang yang taat dan manja.
“Dia seorang anak yang sangat baik dan tak pernah membantah serta melawan cakap saya.
Saat Shuib datang dan melutut di hadapan saya sambil memberitahu Sarah sudah tiada… saya tidak tahu nak berkata apa.
RAISUDDIN HAMZAH
BAPA SITI SARAH
“Arwh juga seorang yang manja dengan saya….banyak kenangan manis kami bersama sepanjang 37 tahun hidupnya.
“Sehari sebelum dia pergi ke hospital, kami saling berpegangan tangan tetapi tidak berkata apa-apa,” ujarnya.
Terdahulu, Siti Sarah, 37, menghembuskan naf4s terakhir pada pukul 5.13 pagi Isnin di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur akib4t C0v1d-19.
Raisuddin cukup akrab dengan menantunya, Shuib.
Allahy4rhamah dimasukkan ke 1CU hospital berkenaan selepas tahap oksigen menurun pada 4 Ogos lalu.
Siti Sarah kemudiannya ditidurkan sebelum pembed4han dijalankan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan pada 6 Ogos lalu dan arwah selamat melahirkan bayi lelaki diberi nama Ayash Affan pada pukul 5 petang.
Penyanyi lagu Kesetiaan itu selamat dikebvm1kan di Tanah Perkvbvran Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor pada kira-kira pukul 1.20 petang Isnin.
Allahy4rhamah meninggalkan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini masih berada dalam pemantauan di PPUKM.
Sumber:mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: