Hiburan

“Siti Sarah seorang yang baik” – Vicha terharu arwh buatkan busana Muslimah khas untuknya

KUALA LUMPUR: Pelawak terkenal, Vicha menzahirkan ucapan terima kasih kepada Allahy4rham Siti Sarah yang telah menempah khas busana Muslimah buat dirinya.

Dalam perkongsian panjang lebar di Instagram Vicha memberitahu, selepas memakai busana buatan penyanyi Semakin itu dia kini lebih yakin dan selesa berhijab.

“Walaupun kita tidak serapat apa tapi saya tahu kakak orang yang sangat baik. Kakak buat baju @lovetahq yang sangat cantik dan saya hanya komen dekat Instagram kakak bertanya ada saiz besar? Kakak terus mesej saya untuk ditempah khas.

“Ya Allah akhirnya saya dapat juga merasa pakai baju kakak yang cantik dan kalau boleh jujur di sini selepas pakai baju kakak, saya tengok cermin rasa percaya diri dan nyaman menggunakan hijab.

“Sebelum ini selalu tidak pernah yakin bila guna hijab sebab rasa bulat tapi Subhanallah tidak tahu kenapa ada tergerak hati untuk gunakan hijab pada saat saya pakai baju kakak,” luah Vicha jujur.

Dalam luahan Vicha pada lewat malam tadi, penyanyi Kesetiaan itu seorang yang ceria dan sepinya tanpa perkongsian entri oleh Sarah membuatkan Vicha terasa kosong.

“Sebelum ini setiap perkongsian kakak lalu saja di IG, saya pasti tekan like kerana suka kandungan yang selalu ceria. Sudah beberapa hari ini saya selalu tunggu tapi tiada.

“Malam ini saya skrol IG kakak satu per satu, lihat video tiba-tiba saya menangis tidak tahu kenapa. Kita semua rindu suara kakak, kita semua sayang kakak,” coretnya.

 

Untuk rekod, Sarah men1nggl dnia selepas beberapa hari bert4rung ny4wa akibat C0v1d-19 sekitar pukul 5.13 pagi ini di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

 

Berita duka itu dikongsi pelakon dan usahawan, Shuib yang kehilangan isteri tercinta, Siti Sarah Raissuddin selepas penyanyi itu mengh3mbuskan nafas terakhirnya pukul 5.13 pagi tadi.

Shuib memuat naik status berkenaan di Instagram miliknya.

“5.13 minit pagi, 9 Ogos 2021. Bidadari syurga saya pergi buat selamanya.

“Mohon sedekahkan Al Fatihah. Siti Sarah Raissuddin,” kongsinya.

 

 

Sumber: utusan

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button