Hiburan

“Saya ingat isteri saya akan sihat dan saya cukup yakin tetapi seluruh paru-paru Siti Sarah dipenuhi v1rus C0v1d-19” – Shuib

Kuala Lumpur: Pelawak Shuib menasihatkan masyarakat supaya mengambil serius mengenai p4ndemik C0v1d-19 dan mahu mereka percaya C0v1d-19 adalah benar.

Shuib menerusi sesi Instagram Live hari ini turut berkongsi bagaimana dia sekeluarga dij4ngkiti C0v1d-19 yang berpunca daripada pembantu rumah.

“Allah nak jadikan jalan cerita, pembantu rumah saya turun ke bawah membuang sampah. Kebetulan dia berjumpa kawan, bersalam dan dia dij4ngkiti C0v1d-19. Kemudian terus satu keluarga kami dij4ngkiti C0v1d-19.

“C0v1d 19 is real (C0v1d-19 itu benar). Tadi sebelum saya keluar dari 1CU (Unit Rawatan Rapi) selepas tengok isteri, seorang jururawat panggil saya.

“Katanya, dia tahu mengenai Siti Sarah memang viral dan semua orang mendoakannya. Tapi dia nak sampaikan sesuatu,” katanya.

 

Menurutnya, jururawat itu menyeru agar semua individu mengambil sunt1kan v4ksin.

“Saya sudah div4ksin. Jururawat itu kata, kita kena sedarkan rakyat Malaysia mengenai v4ksin. Sekurang-kurangnya dengan v4ksin mungkin dapat membantu kita.

“Saya tersentak sebab saya tahu isteri saya belum div4ksin. Seluruh bahagian paru-parunya terkena j4ngkitan ia tak boleh berfungsi untuk proses oksigen.

“Bukan itu saja, ia juga menyebabkan semua organ badannya tak berfungsi dengan baik. Saya rasa kemungkinan juga kerana dia tak sempat div4ksin. Wallahuallam,” katanya.

 

Shuib berkata, di saat begini dengan kem4t1an setiap hari, semua orang tidak boleh berundur ke belakang selepas p0s1tif C0v1d-19.

“Saya ingat isteri saya akan sihat dan saya cukup yakin. Tapi bila berkomunikasi dengan doktor, dia memaklumkan paru-paru isteri saya memang sudah dipenuhi v1rus C0v1d-19. Sebab itu ia tak boleh berfungsi.

“Kita kena jaga kesihatan. Kena makan vitamin supaya sistem imunisasi kuat. Jangan sayang duit. Ingat lagi, ketika saya dalam ambulans bila nak bawa isteri ke hospital, nak bawa ke pusat perubatan swasta tapi dah penuh.

“Masa itu dah ter0k sangat. Ketika itu terfikir duit banyak mana pun takkan boleh kembalikan isteri saya. Takkan boleh sihatkan isteri saya. Itulah yang jadi. Jangan sayang duit. Bila orang cakap jangan keluar, kena ikut,” katanya.

 

Siti Sarah disahkan men1nggl dn1a di Unit Rawatan Rapi (ICU) HCTM jam 5.13 pagi, hari ini.

Jen4zahnya dikebvmikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak jam 1.20 petang hari ini.

Terdahulu, Siti Sarah bersama Shuib dan tiga anak mereka termasuk pembantu rumah dis4hkan positif C0v1d-19 pada 27 Julai lalu.

Sumber: Metro Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *