Hiburan

“Pukul 11 malam oksigen dr0p sampai 40” – Shuib ‘update’ keadaan Siti Sarah, ada peningkatan tapi masih belum sedar

TAHAP oksigen dalam badan penyanyi Siti Sarah ada peningkatan biarpun masih tidak sedarkan diri selepas pembed4han mengeluarkan bayi dalam kandungan pada petang Jumaat.

Suaminya, Shuib Sepahtu memaklumkan Sarah masih memerlukan alat bantuan pernafasan dan keadaan oksigennya membimb4ngkan pada tengah malam Jumaat.

“Setakat pagi ini Sarah masih belum sedar. Masih perlu bantuan oksigen, cuma Alhamdulillah ada peningkatan.

“Cuma pukul 11 malam oksigen dr0p sampai 40. Tapi pukul 2 pagi Alhamdulillah oksigen naik 77 dan baru tadi doktor beritahu oksigen Sarah 80,” ujarnya.

Untuk makluman, kadar ideal oksigen di dalam badan manusia adalah melebihi 95 peratus.

 

Perkongsian Shuib di Instagram.

Dalam pada itu Shuib memohon orang ramai terus mendoakan isterinya kuat menempuhi keadaan yang sukar itu.

“Saya harap semua yang melihat post ini terus mendoakan dia dan anak ya.

“Semoga kalian dipermudahkan urusan dunia dan akhirat,” tambahnya.

Setakat pagi ini Sarah masih belum sedar. Masih perlu bantuan oksigen, cuma Alhamdulillah ada peningkatan.

SHUIB SEPAHTU

PELAWAK

Sarah menjalani pembed4han mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungannya berusia lapan bulan kira-kira pukul 4 petang Jumaat.

Pembed4han berlangsung selama tiga jam iaitu selepas beberapa jam dia ditidurkan.

Penyanyi itu dimasukan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada Rabu lalu selepas mengalami batuk ter0k dan oksigen dalam badan menurun akibat j4ngkitan C0v1d-19.

 

Shuib mohon doakan kesihatan isterinya.

Dia kemudian dipindahkan ke unit rawatan rapi (1CU) hospital berkenaan pada pagi Jumaat dan ditidurkan.

Sarah, 37, dan Shuib sekeluarga disahkan C0v1d-19 sejak 25 Julai lalu.

Mereka sekeluarga menjalani ujian s4ringan selepas pembantu rumah disahkan p0s1tif v1rus m4ut tersebut.

Sarah dan Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, berkahwin pada 2011.

Pasangan ini turut dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

Sumber: mStar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button