Emma Akma Hid4p K4nser, Ketul4n Sebesar B0la Sepak – “Sejak Ramadan Rasa Tak Sed4p Badan, Rahim & Perut Rasa Pan4s.”

Pelakon Emma Akma yang menghidap k4nser pada bahagian dalam perut dan cyst pada kiri dan kanan ovarinya kini dalam proses untuk menjalani pembed4han.
Namun menurut Emma atau nama sebenarnya, Noorakma Yunus,52, dia buntu memikirkan bagaimana hendak mendapatkan wang kira-kira RM50,000 bagi menampung kos pembed4han yang bakal dijalaninya.
“Sebenarnya sejak Ramadan lalu saya sudah rasa tak sedap badan. Rahim dan perut saya rasa panas. Setelah berjumpa beberapa doktor, semuanya memberikan jawapan berbeza. Ada yang cakap saya sl1p disc. Tak kurang juga yang cakap ada mas4lah buah pinggang.
“Akhirnya saya ke hospital kerajaan untuk kepastian. Doktor sahkan saya mempunyai ketulan k4nser pada bahagian dalam perut yang saiznya sebesar bola speak. Bukan itu sahaja, terdapat ketvmbuhan atau cyst pada bahagian kiri dan kanan ovari saya,” katanya.
Jelasnya lagi, dia perlu menjalani pembed4han secepat mungkin dan kerana hospital kerajaan perlu fokus kepada pesakit C0V1D-19 yang semakin bertambah ketika ini, Emma dinasihatkan untuk menjalani pembed4han di hospital swasta.
“Disebabkan ketulan k4nser semakin membesar, doktor nasihatkan saya agar melakukan pembed4han dengan kadar segera.
“Saya buntu dan tak tahu nak cari mana duit sebanyak itu. Iyalah, sejak p4ndemik C0V1D-19, bukan sahaja tak dapat berlakon, malah pekerjaan lain juga agak terbatas.
“Sekarang saya dijaga suami. Pergerakan saya terbatas kerana tidak boleh berdiri lama. Kadang-kadang saya perlu menggunakan kerusi roda dari bilik ke dapur. Apatah lagi apabila keluar rumah untuk mendapatkan rawatan. Memang kena guna kerusi roda. Jadi, keadaan inia gak menyukarkan saya untuk cari duit kos pembed4han.
“Kalau setakat nak makan, insya-Allah saya dan suami masih mampu. Namun untuk mendapatkan wang sebanyak RM50,000 dalam masa yang singkat agak sukar kerana saya perlu menjalani pembed4han dengan segera sebelum keadaan diri saya menjadi lebih teruk,” katanya lagi.
Emma pada masa sama menambah, dia pada awalnya dia tidak mahu memohon bantuan secara terbuka kerana tidak mahu menyusahkan mana-mana pihak, apatah lagi dengan situasi semasa kini.
“Kalau ikutkan hati, saya tak mahu berkongsi tentang hal ini. Saya sudah reda dengan apa yang berlaku. Mungkin inilah ujian Allah buat saya untuk lebih dekat padaNya.
“Namun, disebabkan doktor memberitahu saya perlu jalani pembed4han secepat mungkin, atas nasihat kawan-kawan saya beranikan diri untuk memohon bantuan secara terbuka.
“Saya tahu ramai yang susah sekarang, tetapi saya tidak memaksa. Kalau ada yang sudi memberi sumbangan, Alhamdulillah. Andai kata saya tidak sempat melakukan pembedahan dan itu boleh menyebabkan saya ‘pergi’ menemuiNya, saya reda.
“Saya bukanlah berdoa untuk itu (men1nggl dunia), tetapi saya perlu akur jika itu ketentuanNya,” luahnya.
Walaupun diberitahu sakitnya itu ada kaitan dengan ilmu hitam, Emma tidak mahu terlalu memikirkannya.
“Tak dinafikan, sebelum ini saya memang pernah terkena buatan orang beberapa kali. Namun untuk kali ini, saya tak mahu memikirkannya sangat. Saya tak mahu stres atau berasa sedih kerana itu tidak membantu saya.
“Saya lebih selesa untuk mendekatkan diri kepada Allah kerana itulah sebaik-baik perkara. Apa yang terjadi adalah kehendakNya. Saya yakin Allah tahu apa yang terbaik untuk saya,” jelasnya lagi.
Emma yang pernah berlakon dalam drama bersiri Gerak Khas: The Finale dan Sape Dari Itali ini berharap sumbangan ikhlas orang ramai membolehkan dirinya menjalani pembedahan.
Sesiapa yang ingin menyumbang kepada Emma Akma, bolehlah salurkan melalui akaun bank Maybank 162209987311 (Noorakma Yunus).
Sumber: MH