Global

Asal Dari Keluarga Miskin & Nak Cari Duit Rawat Mak S4kit, Jadi ‘Pembakar’ Untuk Penerjun Cilik Ini Buru Emas Untuk China

Atlet terjun China Quan Hongchan yang berusia 14 tahun mencuri tumpuan ramai apabila dua kali mencatatkan markah ‘perfect 10’ dalam acara akhir 10 meter (m) platform di Sukan Olimpik Tokyo 2020 sebentar tadi.

Kejayaan ini sekali gus menyaksikan peserta China itu merangkul pingat emas menyaingi 11 atlet yang lain.

Atlet muda itu meraih 96 markah sebanyak dua kali dan berjaya mengakhiri saingan di pentas akhir tersebut dengan mengumpul sebanyak 466.20 mata.

 

Memetik perkongsian pengulas sukan di saluran Astro Arena sebentar tadi, Quan Honchan merupakan anak kepada pasangan petani di China.

Ibu Hongchan pula dikhabarkan sedang sakit dan harapannya untuk merangkul pingat emas supaya dapat meraih wang imbuhan bagi membayar kos perubatan ibunya.

Sementara itu di laman Twitter, terjunan ‘perfect 10’ Hongchan mengundang pelbagai reaksi wargamaya di mana rata-rata mengakui kehebatan atlet muda ini.

 

10 10 10 10 10 10 10 sampai bosen dengarnya. Amazing performance, barely any splash at all, another level deh tekniknya,” komen seorang wargamaya.

Penerjun dari China yang dapat first place ni gila gila dia terjun air percik macam jatuh duit syiling je weh,” puji seorang wargamaya.

Diving China tak adil hantar atlet umur 14 dan 15 tahun. Badan kecik dan ringan memang laa air tak berkocak. Next Olympic Malaysia kene hantar atlet umur 12 tahun,” kata seorang wargamaya.

 

Memang dalam rule 42 sukan olimpik takde had umur. Tapi untuk sukan diving, minimum 14 tahun. So, China bijak kat sini. Malaysia dah boleh mula buat kelas terjun utk budak-budak sekolah,” cadang seorang wargamaya.

Adik jadi jela wakil bumi lawan dengan planet Asgard,” usik seorang wargamaya.

Quan Hongchan is from another planet.Two perfect 10 scores as she wins gold. Gilaaaa laaa,” tulis seorang wargamaya lagi.

Sementara itu, jaguh terjun negara Pandelela Rinong menamatkan aksinya dengan berada di tangga ke-12 selepas berjaya mengumpul mata sebanyak 245.85.

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *