Viral

‘Saya cer41kan dia sebab tak tahan selalu kena pukvl’- bek4s suami ceritakan sebab cer4ikan isteri

NILAI – Seorang lelaki menafikan yang dia mencer4ikan isteri yang masih dalam pantang hanya kerana tidak berpuas hati buku klinik koyak.

Sinar Harian pada Isnin melaporkan, seorang ibu beranak tiga di Flat Taman Semarak di sini diceraikan suami ketika masih dalam pantang.

Keadaan itu menyebabkan wanita berusia 26 tahun tersebut berdepan tekanan, malah buntu memikirkan bagaimana mahu membesarkan tiga anaknya yang berumur empat, dua tahun dan bayi berusia 17 hari.

Bekas suaminya, yang berusia 30-an itu berkata, tindakannya menceraikan isteri kerana tidak tahan dengan sikap bekas isteri yang mudah naik tangan setiap kali mereka berselisih faham.

Menurut beliau, masyarakat hanya mendengar cerita daripada sebelah pihak sahaja dan ia seolah-olah memberi gambaran yang dirinya suami tidak bertanggungjawab.

 

“Sebenarnya pergaduhan saya dengan bekas isteri berlaku selepas isteri marah apabila buku temu janji klinik anak kami koyak. Tapi waktu itu dia mengvgvt mahu menceder4kan saya.

“Bagi saya itu agak mel4mpau. Selama ini saya bersabar dengan sikapnya yang akan memukvl dan menceder4kan saya apabila kami bergadvh. Kali ini, saya tak tahan lagi, sebab itulah saya buat keputusan cer41kan dia,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Ujarnya, dia terkesan apabila video berkenaan tindakan bekas isterinya yang mahu membvnvh diri tular di media sosial, sehubungan itu dia memberi kenyataan kepada media kerana mahu membersihkan namanya.

Katanya, hanya dia dan bekas isteri sahaja yang tahu apa sebenarnya yang berlaku.

“Awal perkahwinan kami bahagia. Tapi semuanya sementara apabila lama-kelamaan kami sering bergaduh.

“Kami pernah bercer41 pada tahun 2019 tapi rujuk semula atas permintaan isteri. Sepanjang menjadi suaminya, saya tak pernah abaikan tanggungjawab,” katanya yang turut membuat laporan polis.

Bagaimanapun beliau tetap sayangkan anak-anaknya dan berharap masyarakat berhenti daripada terus menghukumnya.

Baru-baru ini tular video di aplikasi TikTok berkenaan seorang wanita yang cuba membvnvh diri selepas dicer41kan suami ketika masih dalam pantang.

Sumber: Sinar Harian

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button