10 ahli keluarga Aiman Tino p0s1tif C0V1d-19, kesihatan ibu mer0s0t akibat asma – “S3ks4 sangat batuk ni… susah nak bernafas”

UJIAN buat penyanyi Aiman Tino apabila 10 anggota keluarga termasuk ibu, Hazelina Mat Jalil dan bapa, Yusri Ishak dij4ngkiti wab4k C0v1d-19 sejak 10 hari lalu.
Hazelina, 45, yang dihubungi mStar berkata, dia dan suami bersama lima anak mereka iaitu Nurisfasha, 19, Mohd Haikal, 15, Nur Alya Mahsuri, 12, Nurqaseh, 10, dan Nina Izzara, 6, kini menjalani kuarantin di kediaman mereka di Kuala Kubu Bharu, Selangor.
Manakala, anak sulungnya iaitu Nurfara Ain, 27 dan suami, Mohd Zafril, 36, serta anak mereka yang berusia sebulan kini menjalani kuarantin secara berasing di Shah Alam.
Bagaimanapun, Hazelina berkata, penyanyi lagu Ku Rela Dibenci itu tidak dijangkiti memandangkan sudah lama tidak pulang ke rumah dan menetap di Kuala Lumpur.
Aiman tidak dij4ngkiti C0v1d-19 memandangkan duduk berasingan dengan keluarganya.
“Saya, suami dan empat orang anak saya dis4hkan p0s1tif… kami semua masih kuarantin kendiri di rumah. Selain itu, anak sulung, suami dan anak dia juga dij4ngkiti tapi mereka kuarantin di rumah Shah Alam.
“Hari ini sudah masuk 10 hari kami kuarantin. Saya tak tahu punca dari mana tapi sebelum swab test tu, saya memang ada dem4m selepas balik dari pekan.
“Selepas itu, suami pula dem4m selepas balik ambil suntikan dos pertama vaksin. Bila dah ramai dem4m dalam rumah ini, kami ambil keputusan buat swab test dan keputusan p0s1tif,” katanya.
Anak-anak dan suami dah baik demam… cuma, keadaan saya seorang saja yang agak teruk.
HAZELINA MAT JALIL
IBU AIMAN TINO
Terdahulu, kakak kepada Aiman Tino iaitu penyanyi Fara Hezel memuat naik status di Instagram memohon agar semua orang mendoakan keluarganya yang dis4hkan p0s1tif C0v1d-19.
Dalam pada itu, Hazelina memberitahu biarpun sudah 10 hari menjalani kuarantin namun keadaan kesihatannya semakin mer0s0t disebabkan mengidap penyakit asma.
Anak bongsu Hazelina, Siti Mariam kini mengalami demam.
“Anak-anak dan suami dah baik demam… cuma, keadaan saya seorang saja yang agak teruk. Saya memang ada asma yang teruk tambah pula dengan demam dan batuk yang tak baik-baik lagi sehingga kini.
“Seks4 sangat batuk ini dan susah saya nak bernafas. Pagi tadi pun badan saya jadi sangat lemah dan rasa nak pitam. Tapi deria rasa dan bau sudah kembali.
“Doktor memang ada cakap kalau tak cukup oksigen, kena call ambulans untuk bawa saya ke hospital. Hari ini keadaan saya semakin teruk pula tapi tak pasti lagi perlu ke hospital atau tidak,” ujarnya.
Sumber: mStar