Hiburan

Erma Fatima minta maaf, akui ‘k0yak’ dan ‘r4bak’ diherd1k netizen isu Carl sampai terpaksa menutup ruangan komen

GARA-GARA memberi pendapat berbeza mengenai influencer media sosial meninggikan suara terhadap warga emas, pelakon dan pengarah Erma Fatima menerima kec4man daripada netizen.

Enggan membiarkan laman sosialnya menjadi medan orang ramai menjadi lebih tidak beradab, Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad Ali mengambil keputusan untuk menutup ruangan komen di Instagram.

Menurut pelakon berusia 53 tahun ini, dia tidak mahu kenyataannya berhubung isu influencer yang dikenali sebagai Carl Samsudin itu terus menjadi tular dalam konteks yang neg4t1f.

 

Erma dikec4m netizen kerana seakan-akan menyokong tindakan Carl Samsudin.

“Saya minta ampun dan maaf kerana terpaksa tutup semua komen yang ada dalam IG. Niat saya buka IG untuk seronok dan kongsi aura positif.

“Sejak kisah Carl ini, terlalu banyak m4k1-mak1an… saya rasa itu satu aura tidak bagus dan t0ksik. Saya tak perlu orang mem4ki dan menggalakkan lagi orang m4ki.

“Saya tak berminat… isu Carl ini tak perlu viral. Saya dah tua dan dah nak m4t1. Rumah kata pergi, kubvr kata mari. Dah tak ada masa nak fikir fasal viral. Anda ada prinsip anda, begitu juga saya,” katanya.

Menerusi laporan mStar pada Khamis, Erma berkata dia tidak melihat Carl Samsudin bersikap b14dap sebaliknya hanya ingin memberi motivasi kepada gelandangan terutama anak muda.

Minta maaf untuk seketika ini, kita tutup dahulu komen.

ERMA FATIMA

PELAKON & PENGARAH

Pernah berdepan dengan gelandangan bermasalah, Erma beranggapan segelintir mereka sememangnya memerlukan teguran ker4s jika mahu perubahan.

Dalam pada itu, pelakon drama siri Mak Cun ini memberitahu dia tidak pernah menggunakan bahasa tidak elok ketika menyuarakan pendapat malah beranggapan Carl juga sama sepertinya.

“Saya tak guna bahasa tidak baik… begitu juga Carl. Mungkin peradaban, dia sedikit kas4r tapi masing-masing ada prinsip. Masing-masing ada hak untuk komen.

“Platform saya bukan tempat untuk m4k1, terpaksa tutup komen untuk ketika ini bagi meredakan emosi anda,” ujarnya.

 

Carl bertemu semula dengan warga emas tersebut untuk memohon maaf.

Sejak Rabu, tular video seorang usahawan yang juga influencer media sosia meninggikan suara kepada seorang warga emas di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur sehingga mengundang kec4man netizen.

Bagaimanapun, Carl menerusi Instagram miliknya tampil membuat permohonan maaf dan turut bertemu semula dengan warga emas tersebut.

Sementara itu, kakak kepada aktres Datin Seri Umi Aida ini mengakui dia berasa kesal dengan sikap segelintir anak muda yang menggunakan bahasa kes4t di laman sosial.

“Saya akui saya rasa ‘koy4k’ dan rabak tengok anak muda bangsa kita yang konon-kononnya bercerita tentang adab tapi peradaban anda dalam sosial media… nauzubillah.

“Saya minta maaf kepada yang suka dan tak suka, minta maaf untuk seketika ini, kita tutup dahulu komen,” katanya lagi.

Sumber: mStar

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *