Hiburan

Bukan saja permohonan maaf secara terbuka, Siti Nordiana tuntvt Lan Solo dan Syura Badron bayar RM200,000 setiap seorang

SELAIN membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam, lima individu termasuk penyanyi Lan Solo dan Syura Badron turut dituntut membayar RM200,000 setiap seorang kepada Siti Nordiana.

Tiga individu lain yang turut didakwa melemparkan kenyataan berbaur f1tnah terhadap Siti Nordiana ialah isteri kepada Lan, Sheila Hassim; Pegawai Perhubungan Awam FMC, Sam Samin dan jurusolek; Aida G.

“Kami berlima menerima surat tuntutan daripada pihak Siti Nordiana yang meminta agar membuat kenyataan terbuka memohon maaf dalam tempoh 24 jam.

“Berserta syarat lain selain bayaran RM200,000 setiap seorang,” tulis Sam menerusi kenyataan rasmi yang diberikan kepada mStar pada Jumaat.

TONTON VIDEO PENJELASAN NANA!

 

Pihak mStar difahamkan, notis tuntutan bertarikh 26 Julai itu antara lain menyatakan rasa terkejut dan dukacita Siti Nordiana terhadap kelima-lima mereka kerana mengeluarkan kenyataan berunsur f1tnah.

Kenyataan yang dilemparkan itu juga dikatakan memberi kesan negatif kepada orang ramai dan penaja produk Siti Nordiana hingga menjejaskan reputasinya.

Menerusi laporan mStar pada Rabu, Siti Nordiana berkata dia terpaksa meneruskan tindakan sam4n terhadap mereka berlima selepas tiada permohonan maaf secara terbuka seperti yang dituntut.

Langkah berkenaan diambil selepas kelima-lima mereka gagal membuat permohonan maaf dalam tempoh 24 jam seperti yang diberikan sebelum ini.

Siti Nordiana atau lebih mesra disapa sebagai Nana memberitahu pihaknya akan memfailkan tuntutan sam4n terhadap mereka berlima selewat-lewatnya 2 Ogos depan.

Kami menyerahkan surat tuntuntan tersebut kepada peguam Alan Razak untuk penelitian lanjut.

SAM SAMIN

PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM FMC

Menurut penyanyi lagu Angkara ini, dia terpaksa meneruskan tindakan undang-undang itu kerana ingin membersihkan nama serta imejnya yang sudah terc4lar.

Dalam pada itu Sam turut memberitahu, peguam terkenal iaitu Alan Razak dipilih untuk mewakili mereka dan meneliti lebih lanjut mengenai surat tuntutan tersebut.

“Kami telah pun memaklumkan serta menyerahkan surat tuntuntan tersebut kepada peguam kami Alan Razak untuk penelitian lanjut.

 

Alan Razak pernah mewakili beberapa selebriti antaranya pengacara Awal Ashaari.

“Hanya setakat ini sahaja kenyataan yang dapat kami berikan. Terima kasih,” ujarnya.

Untuk rekod, kontr0versi tercetus selepas penyanyi Lan Solo dan Syura membuat pendedahan mengejutkan berkaitan k0nflik yang berlaku antara mereka dengan Siti Nordiana menerusi sesi Instagram live pada 20 Julai lalu.

Menerusi sesi tersebut Sheila dan Lan mengakui terkilan dengan Siti Nordiana serta pengurusnya Anas kerana sering mengungkit perihal soal bayaran makanan.

Sementara itu, Syura pula mendakwa dia dimalukan oleh Siti Nordiana dan Anas sehingga menyebabkan ada pihak produksi enggan memberikan tawaran kerja kepadanya.

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button