Hiburan

“Saya Kalau Keluar Dengan Mereka Sentiasa Akan G4duh Bila…”- Nubhan K0men Isu F1tn4h Siti Nordiana

Penyanyi Nubhan tidak menyangka isu salah faham yang melibatkan rakan duetnya, Siti Nordiana dan beberapa rakan artis lain sampai ke tahap sam4n meny4man.

Kata Nubhan isu salah faham di antara kawan itu biasa dan sepatutnya boleh diselesaikan dengan cara yang baik.

 

“Kesian rakan duet den (saya) ni. Tak sangka isu kawan-kawan boleh jadi sampai ke tahap sam4n meny4man.

“Gaduh-gaduh sikit, lepas cakap tu biasalah dalam berkawan. Den pun penah jugak gaduh…pastu baik balik…pastu gaduh kejap…pastu tiba-tiba holiday sama-sama…Macam tu lah ulang-ulang.

“Saya kalau keluar dengan mereka ni sentiasa akan gaduh bila makan…berebut masing-masing nak mengelak bayar. Bukan tak ada duit tapi dah pangai memasing macam tu…Gurau-guraukan…nothing serious…,” katanya.

Nubhan berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.

 

Menerusi entri tersebut dia memuat naik foto bersama Siti Nordiana atau lebih mesra dengan panggilan Nana.

Tambah Nubhan lagi, sesi live di IG untuk bercerita mengenai perihal rakan lain agak mel4mpaj dan berharap mereka dapat bermaaf-maafan serta menyelesaikan isu tersebut dengan baik.

“Kawan-kawan ni kalau dah selesa, semua dia cerita, luah. Dari situ kita tau la kelemahan dan ‘gila’ masing-masing. Tapi jangan la buat live adoiiii…Nak cakap lebih kang…masing-masing pon kawan-kawan saya juga.

“Bermaaf-maafanlah…kita tak nak tau pun siapa betul siapa salah…everyone learned their lesson. Bila jadi sesuatu perkara, sure masing-masing ada salah…Dah Namanya kawankan? Memang mulut l0ngkang tu perkara biasa. Tu juga yang kita kawan, malah itu juga yang dah bertahun-tahun pon…

“Cukuplah jangan berg4duh. Bukan nak backup sesiapa. Cuma nak tengok la korang ni bedamai…,” pintanya lagi.

Terdahulu, isu tercetus apabila nama Nana disebut dalam sesi siaran langsung di Instagram penyanyi Lan Solo, Syura, isteri Lan iaitu Sheila, jurusolek Aida G dan pegawai perhubungan awam syarikat rakaman FMC, Sam Samin pada 20 Julai lalu.

Pada sesi itu Shiela meluahkan rasa terk1lan apabila suaminya, Lan dikatakan menumpang populariti Siti Nordiana. Malah, ia menjadi medan untuk mereka meluahkan apa yang terbuku di hati selama ini membabitkan k0nflik yang berlaku.

Bagi membersihkan nama Nana, notis tuntutan permohonan maaf secara terbuka sudah dihantar oleh pihaknya menerusi peguamnya kepada lima individu terbabit melalui e-mel dan juga serahan tangan, pada Isnin.

Sumber: Gempak

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button