Hiburan

Isteri nak bers4lin, Aman Graseka pening cari duit selepas hil4ng punca pendapatan

Kuala Lumpur: Pelakon, Aman Graseka, 53, meminta penerbit dan pengarah filem berjudul 1875 menjelaskan bayaran sebanyak RM25,000 yang tertunggak sejak empat tahun lalu.

Aman yang melakonkan watak Datuk Maharaja Lela dalam filem itu berkata, dia memerlukan wang itu kerana isterinya, Nurul Amrina Zamri, 32, akan melahirkan anak kedua mereka, bulan depan.

Aman yang kini menetap di kampung halaman isterinya di Padang Geh, Kuala Ketil, Kedah sudah dua tahun hilang punca pendapatan akibat penularan pandemik C0v1d-19 yang mengehadkan peluangnya untuk berlakon.

 

“Isteri nak bersalin. Situasi C0v1d-19 yang tiada kesudahan dan tiada kerja. Ia memang buat saya pening kepala. Mana lagi ikhtiar saya untuk cari duit?” katanya.

Aman atau nama sebenarnya Aman Shah Baharom Shah berkata, filem itu diterbitkan menggunakan dana Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

Difahamkan, filem yang menjalani penggambaran empat tahun lalu itu masih belum ditayangkan.

“Pada peringkat awal, kami menandatangani kontrak menggunakan nama syarikat lain. Namun, selepas seminggu penggambaran, pengarah ini tukar nama syarikat kepada nama lain. Jadi, dia kata tak nak bayar satu sen pun kerana kami tandatangan dengan syarikat lain.

“Malah ketika penggambaran di sebuah resort di Sungai Itik, Gopeng, Perak saya terpaksa menggunakan wang sendiri untuk membayar sewa di lokasi,” katanya.

 

Menurutnya, isterinya yang ketika itu menemaninya turut ditawarkan berlakon, namun turut tidak menerima sebarang bayaran.

“Isteri sepatutnya menerima bayaran RM3,000. Saya sering menghubungi penerbit itu tapi dia hanya berikan janji palsu. Katanya apabila ada duit dia pasti akan bayar.

“Akhirnya saya hilang sabar dan mempersoalkan janjinya. Dia kemudian bertindak menyekat sebarang panggilan dan mesej saya. Saya amat kecewa dengan sikapnya dan tak mahu perkara ini berlaku lagi kepada pelakon lain selepas ini,” katanya.

Aman berkata, dia ada meminta bantuan daripada rakan-rakannya, tetapi dalam keadaan sekarang mereka juga berdepan kesusahan.

Dia juga ada meminta bantuan daripada Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), tetapi belum ada sebarang jawapan.

Aman dan Nurul Amrina turut mempunyai seorang anak lelaki, Aishymir Mateen yang kini berusia dua tahun.

Sumber: Metro Online

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *