Hiburan

Anda tahu nama saya, bukan kisah saya – Syura Badron

 

PETALING JAYA – Penyanyi Syura Badron meminta orang ramai terutama pengikutnya untuk tidak terus-menerus menghakimi dirinya.

“Anda tahu nama saya, tapi bukan kisah saya. Anda pernah mendengar dan lihat apa yang saya lakukan, tapi tak pernah tahu apa yang saya lalui.

“Kalau anda berada di tempat saya, pasti awal-awal lagi anda akan kecund4ng. Jadi, tolong berhenti menghakimi saya,” tulisnya dalam Insta Story.

 

Terdahulu, Syura atau nama sebenarnya Zuraidah Badron terpalit apabila dia bersama empat individu lain iaitu penyanyi, Lan Solo, isteri Lan iaitu Sheila, jurusolek Aida G dan pegawai perhubungan awam syarikat rakaman FMC, Sam Samin dikatakan menyebut nama penyanyi, Siti Nordiana ketika perbualan secara langsung dalam Instagram.

Dalam perbualan itu, Shiela meluahkan rasa terkilan apabila suaminya, Lan dikatakan menumpang populariti Siti Nordiana atau lebih dikenali sebagai Nana.

Sheila turut memaklumkan dia dan suami tidak lagi mengikuti pelantun lagu Terus Mencintai itu dalam Instagram.

Bahkan Sheila berkata, tindakan itu dibuat kerana terkejvt apabila Siti Nordiana mendakwa Lan mahu menumpang populariti dan tidak membayar duit makanan sekiranya mereka keluar bersama.

 

Malah, sesi siaran langsung itu juga menjadi medan kelima-lima mereka meluahkan apa yang terbuku dalam hati mereka selama ini terhadap Nana termasuk rasa terkilan Syura apabila mend4kwa sesetengah pihak produksi enggan menawarkan pekerjaan kepadanya berpunca daripada ‘mulut’ Nana.

Rentetan daripada itu, Nana pada Jumaat lalu bertindak membuat lap0ran p0lis bersama peguam, Abang Azlan dari Abang Azlan & Associates di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras terhadap lima individu terbabit yang did4kwa memf1tnahnya menerusi sesi siaran langsung itu.

Terbaharu, Nana tetap dengan keputusan untuk meneruskan s4man terhadap lima individu tersebut selepas tiada sebarang permohonan maaf daripada mereka setelah tempoh masa dua hari diberikan.

Sumber: K! ONLINE

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *