“Kami menerima dengan hari terbuka dan berlapang dada” – Siti Sarah, Shuib sekeluarga p0sitif C0v1d-19

Kuala Lumpur: Penyanyi dan usahawan popular, Siti Sarah mendedahkan dia dan suami yang juga pelawak Shuib serta anak-anaknya dis4hkan p0sitif C0v1d-19.
Siti Sarah berkata, dia menerima ketentuan Ilahi dengan hati terbuka dan berlapang dada.
“Kami dah dapat keputusan ujian saringan pagi ini.. Dukacita dimaklumkan, kami sekeluarga p0sitif C0vid-19.
“Ini semua ketentuan Allah, kami menerima dengan hati terbuka dan berlapang dada. Mohon semua doakan kami sekelurga mengharugi 14 hari ni. Kami serahkan semuanya kepada Allah. Amin insya-Allah,” tulisnya.
Menurut Siti Sarah, dia menganggap apa yang berlaku sebagai satu hikmah dan mahu kekal positif.
“Saya nak jelaskan untuk elak salah faham, urusan perniagaan dan perkara lain berjalan seperti biasa. Pihak admin akan muat naik di Instagram ini bagi pihak saya.
“Saya dan keluarga nak kekal p0sitif dan melihat apa yang terjadi ini sebagai satu hikmah. Doakan saya dan keluarga segera sembuh,” katanya.
Semalam, Siti Sarah memaklumkan pembantu rumah mereka disahkan positif w4bak berjangkit itu dan mereka sekeluarga menjalani ujian c4litan di rumah.
Antara komen rakan2 artis:
Siti Sarah berkahwin dengan pelawak dan ahli perniagaan, Shuib atau nama sebenar, Shahmira Muhamad, 37, pada 26 Februari 2011.
Hasil perkahwinan, pasangan ini mempunyai tiga cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6. Malah, Siti Sarah kini hamil anak keempat.
Sumber: Metro