Hiburan

“Apa hak mereka mahu suruh saya ‘ber4mbus’ balik negara suami?”- Saya rakyat negara ini, saya ada hak untuk bersuara

PETALING JAYA – “Apa hak mereka mahu suruh saya ‘ber4mbus’ balik negara suami (Amerika Syarikat)? Saya rakyat Malaysia, dilahirkan di negara ini. Saya ada hak untuk bersuara”.

Demikian reaksi pelakon Lana Nodin ketika menjawab komen sesetengah netizen yang menyuruh dia pulang ke Amerika Syarikat (AS) atas kelantangannya mengkr1tik pentadbiran kerajaan menangani wab4k C0v1d-19 di negara ini.

Lana ketika dihubungi Kosmo! berkata, kelantangannya bersuara sehingga menggesa Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah untuk meletak jawatan adalah wajar memandangkan bukan dirinya seorang sahaja yang berpendapat sebegitu.

“Sekarang ini bukan saya seorang sahaja yang mengh3ntam beliau (Noor Hisham), ramai lagi rakyat Malaysia menyuarakan pendapat yang sama.

“Ramai yang hent4m saya sebab lantang sehingga menyuruh saya untuk pulang ke AS. Kenapa saya kena ‘ber4mbus’? Malaysia negara saya. Kalau balik ke sana sekali pun, saya tetap akan bersuara sebab saya rakyat negara ini,” katanya.

Selain disuruh untuk pulang ke AS, ada juga netizen menggelar Lana sebagai tidak mengenang budi apabila dikatakan turut menghentam Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedangkan kementerian tersebut pernah berjasa menyelamatkan nyawa anak keduanya, William Daud Mckienzie, 2, sewaktu menjalani pembedahan dan rawatan akibat masalah injap sempit (aortic stenosis) sejak dilahirkan.

“Tentang anak saya sakit dengan kelantangan saya bersuara tidak menjadi isu sebenarnya. Masa anak saya sakit, dia bukan dirawat secara percuma di negara ini. Saya bayar kos perubatan anak saya.

“Saya tidak minta derma pun. Malah saya bayar setiap sen kos perubatan anak saya,” ujarnya.

 

Dalam pada itu, Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin, 41, menafikan bahawa dia bertindak kurang ajar terhadap petugas barisan hadapan kerana lantang mengkritik sebuah video yang tular tentang kepatuhan seorang individu tidak memakai sut pelindung diri (PPE) yang lengkap ketika menguruskan m4yat m4ngsa C0v1d-19.

Ujarnya, dia bercakap perkara yang betul dengan mempertikaikan tindakan lelaki dalam video tersebut kerana tidak patuh terhadap prosedur operasi standard (SOP) dengan tidak memakai PPE.

“Selepas saya bersuara tentang video itu, saya ada menerima mesej dalam Instagram (DM) oleh petugas barisan hadapan apabila dia turut menyuarakan rasa kesal dengan individu terbabit kerana tidak memakai PPE semasa bertugas.

“Malah adik kepada individu itu sendiri mesej saya dan mengaku bahawa lelaki dalam video tersebut adalah abangnya sendiri dan meminta maaf kepada saya. Katanya abang dia sudah terlalu penat. Saya tidak kutvk petugas barisan hadapan, saya cuma mempersoalkan sahaja video itu,” jelasnya.

 

Kata Lana, dia lantang kerana sudah cukup sabar dan mengakui marah dengan tindakan kerajaan ‘mengurung’ rakyat dalam tempoh yang lama, namun sehingga kini masih belum menampakkan perubahan.

“Sudah dua tahun rakyat dikurung. Saya sebagai rakyat m4rah sebab banyak benda terjejas termasuk ekonomi rakyat. Mahu tunggu berapa tahun lagi?” soalnya.

Dalam pada itu, dia tidak takut jika karier lakonannya terjejas andai disekat oleh sesetengah pihak kerana percaya rezeki yang telah diatur oleh Allah SWT untuknya.

“Rezeki tidak salah alamat dan saya tidak takut pada sesiapa pun,” katanya.

Terdahulu, Lana menyelar Noor Hisham supaya berhenti ‘berlakon’ daripada terus membohongi rakyat Malaysia atas situasi C0v1d-19 yang sedang melanda negara pada masa ini, sekali gus menggesa orang nombor satu dalam mengepalai institusi kesihatan negara itu meletakkan jawatan yang diterajui sekarang sebagai Ketua Pengarah Kesihatan.   

Sumber: K! ONLINE

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *