‘Siap Sedia Untuk Keben4ran Malaysia, Masanya Hampir Tiba’ – Caprice

Nama penyanyi rap Malaysia iaitu Caprice atau nama sebenarnya Ariz Bin Ramli telah menjadi bualan hangat netizen selepas terc3tusnya kemelut antaranya dengan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew berhubung misi kemanusiaan di Palestin. Malah, individu lain termasuk Nadir Al-Nuri juga sempat berbalas kenyataan mengenai perkara itu.
Terbaru, tindakan Caprice memuat naik sekeping foto ‘ibl1s’ di Instagram sekali lagi telah mencetuskan tanda tanya dalam kalangan netizen.
Muat naik gambar ibl1s
Menerusi perkongsian Caprice di Instagram, dia seakan memberi bayangan tentang pended4han sesuatu perkara yang besar dan sememangnya akan mengejutkan orang ramai terutamanya rakyat Malaysia. Bukan itu sahaja, berdasarkan kapsyen yang ditulis, penyanyi rap ini juga menyatakan tentang sikap kepura-puraan.
Bersiap sedia untuk kebenaran Malaysia. Siapkan diri anda, ia akan datang. Ibl1s akan menipu, berpura-pura dan memberi ‘kemanisan’ tetapi Allah SWT sebaik-baik perancang. Waktunya semakin hampir.
Meskipun begitu, tidak dapat dipastikan apakah mesej sebenar yang ingin disampaikan oleh Caprice dan kepada siapakah kapsyen itu ditujukan memandangkan Caprice langsung tidak menyebut nama mana-mana individu. Difahamkan, Caprice juga telah menutup ruangan komen posting berkenaan.
Posting Caprice
Sumber: Caprice
Kredit: Ohbulan