Global

Aurel Hermansyah dikhabarkan h4mil lagi, Atta Halilintar minta doa baik-baik… tak mahu kec0h-kec0h

SELEPAS kegvgvran anak pertama pada Mei lalu, anak kepada Kris Dayanti, Aurel Hermansyah, 23, kini dikhabarkan sedang berbadan dua.

Namun begitu, suaminya, YouTuber terkenal, Atta Halilintar, 27, tidak memberikan sebarang jawapan yang jelas mengenai perkara tersebut sebaliknya hanya meminta peminat mendoakan yang terbaik untuk mereka berdua.

 

“Memang ramai yang tanya kepada saya tentang adakah benar Aurel sedang hamil lagi… tapi saya cuba boleh beritahu supaya doakan sahaja yang baik-baik buat kami berdua.

“Kami belajar daripada kesilapan lalu… kalau ada rezeki selepas ini kami mahu lebih santai-santai sahaja dan tidak terlalu menghebohkannya,” katanya menerusi video yang dimuat naik di saluran YouTubenya.

 

Sementara itu, bapa Aurel, Anang Hermansyah turut tidak terlepas ditanya oleh netizen mengenai kesahihan berita anaknya kini sedang hamil.

“Tanya Aurel, jangan tanya saya… hanya Aurel sahaja ada jawapannya,” kata Anang.

Atta dan Aurel berkahwin pada 3 April lalu di sebuah hotel di Jakarta, Indonesia. – Liputan6

Kredit: mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *