Rody tak menyesal tegur Syed Saddiq kutip duit bayar ikat j4min-“Artis pun ada hak bersuara”

MENERIMA kec4man netizen selepas meluahkan pendapat mengenai kutipan sumbangan oleh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhubung wang ikat jamin, pemain gitar kumpulan Kristal, Rody menegaskan dia juga berhak bersuara di atas tiket sebagai rakyat biasa.
Menurut Rody atau nama sebenarnya, Mohd Rodi Baharudin, 34, dia terpanggil untuk mengutarakan pendapat berikutan menganggap apa yang dilakukan Ahli Parlimen Muar itu sebagai tidak masuk akal.
“Artis pun ada hak untuk bersuara, kami orang biasa juga… Saya terkejut dalam keadaan semua rakyat sedang tertek4n stres kehilangan kerja dan pendapatan disebabkan C0v1d-19, tiba-tiba ada wakil rakyat minta sumbangan pada orang ramai.
“Pada pendapat saya, ini dunia politik… macam-macam drama yang kita nampak sekarang.
“Moga wakil rakyat yang kita undi, betul-betul membantu rakyat… jangan time nak mengundi sahaja tabur janji-janji indah,” katanya kepada mStar.
Perkongsian Rody di Instagram.
Terdahulu, Rody menerusi Instagram meluahkan rasa kesal dengan tindakan Syed Saddiq dan memaklumkan sebagai rakyat dia juga turut berdepan pelbagai tekanan.
“Rakyat lagi tertek4n woi. Sudah-sudahlah. Kalian rasa kalau jumpa ‘face to face’ (bertentang mata), kita minta RM100 mereka (ahli politik) bagi atau tidak,” tulisnya.
Bapa kepada dua cahaya mata ini berkata dia tidak kisah dikec4m kerana turut mewakili suara kebanyakan rakyat yang terkesan pada ketika ini.
Saya terkejvt dalam keadaan semua rakyat sedang tertek4n str3ss kehilangan kerja dan pendapatan disebabkan C0v1d-19, tiba-tiba ada wakil rakyat minta sumbangan pada orang ramai.
RODY
GITARIS KUMPULAN KRISTAL
“Kalau orang biasa yang komen belum tentu media nak naikkan benda ini kan… disebabkan saya ni artis tapi saya okay sahaja.
“Kiranya saya mewakili suara rakyat dan saya tidak kisah orang nak kec4m ke apa… pendapat setiap orang berbeza-beza.
“Alhamdulillah, kebanyakan komen yang positif saya dapat daripada yang mengec4m saya,” ujarnya.
Syed Saddiq membuat siaran langsung (live) di Facebook dan Instagram bagi menjawab tudvhan mahkamah yang dihadapinya, baru-baru ini.
Menerusi laporan mStar sebelum ini, bekas Menteri Belia dan Sukan itu memohon sumbangan ramai untuk membantunya melunaskan wang ikat j4min berjumlah RM330,000 sebagaimana diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Khamis.
Syed Saddiq dibicarakan atas tudvhan pec4h amanah melibatkan wang berjumlah RM1 juta daripada dana milik Parti Pribumi Bersatu.
Ahli Parlimen berusia 29 tahun itu mengaku tidak bersalah atas pertudvhan pec4h amanah setelah pertudvhan dibacakan kepadanya di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi.
Menurut kertas pertudvhan, Syed Saddiq sebagai ketua pemuda parti itu diberi kepercayaan dana sayap pemuda parti Armada Malaysia dan didakwa pec4h amanah yang mana dia dikatakan melakukan pengeluaran wang sebanyak RM1 juta melalui cek tanpa persetujuan kepimpinan tertinggi Parti Pribumi Bersatu.
Sumber: mStar