Hiburan

‘Amin Idris tak nak campur isu Ebit Lew, Caprice, Nadir tapi…’

KUALA LUMPUR: Pengacara program Islamik terkenal, Amin Idris enggan masuk campur isu perdebatan antara Ustaz Ebit Lew dan Caprice namun dia berpesan terhadap individu yang dikenali ‘ustaz’ tidak mengeruhkan lagi situasi yang sudah berlaku.

Amin menerusi Instagramnya menegur dan menegaskan bahawa ‘ustaz’ tersebut hendaklah menjaga kelakuannya malah mengingatkan kes mahk4mah antara Amin bersama individu itu masih belum selesai.

 

 

“Saya tak nak campur dalam isu Ebit Lew, Caprice mahupun Nadir An Nuri. Saya doakan kebaikan buat mereka. Namun nasihat saya buat seorang ‘ustaz’, jangan masuk campur boleh? Kes mahk4mah awak dengan saya pun tak settle lagi.

“Jaga perangai, apa awak tulis akan jadi against awak di mahk4mah nanti. Pihak mahkamah akan melihat sikap dan kelakuan di media sosial. Kalau tak faham, sila rujuk peguam ‘ustaz’. Ikhlas daripada saya yang masih dalam kuarantin, p0sitif C0v1d-19,” tulisnya.

 


Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikut dan peminat pengacara itu menyifatkan tindakan ‘ustaz’ tersebut tidak lain hanya mahu meraih perhatian orang ramai dan “gil4 glamor”.

Sementara itu, pelakon dan penyampai radio terkenal, Sharifah Shahirah, berkata, “Kita manusia biasalah, drama… pentas dunia,” komennya.

 

sumber: Utusan

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button