Fizz Fairuz rugi RM18,000 dalam sekelip mata, tak sangka rupanya kena ‘sc4m’, – “Dia sembang fasal perniagaan, memang tak sangka sc4mmer”

MENANGGUNG rugi RM18,000, pelakon Datuk Fizz Fairuz mendedahkan dia ditipu seorang individu didakwa berstatus Datuk Seri yang kononnya membuka tender kontrak pembersihan menggunakan nama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), baru-baru ini.
Susulan itu Fizz atau nama sebenarnya Fairuz Zainal Abidin, 42, membuat laporan p0lis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Sentul, Kuala Lumpur pada 1.30 petang Rabu.
Awal Jun lalu saya ada dapat offer daripada suspek yang bagi open tender kerja pembersihan daripada DBKL untuk tempoh dua tahun yang mana dia kata sepatutnya bermula bulan Julai ini.
“Saya akui memang silap sebab terlebih dahulu bank in wang berjumlah RM18,000 iaitu 10 peratus daripada bon yang perlu dibayar untuk dapatkan tender tersebut tanpa ada surat hitam putih.
Fizz buat laporan p0lis di IPD Sentul.
“Apabila saya cuba nak hubungi dia balik lepas dah bank in pada pertengahan Jun, dia memang tidak angkat callatau balas mesej. Hampir sebulan saya tunggu respon dia tapi tiada jawapan… itu yang saya buat keputusan untuk buat report p0lid,” katanya ketika dihubungi mStar.
Beberapa jam selepas membuat lap0ran p0lis, Fizz berkata dia mendapat maklum balas daripada pihak p0lis bahawa susp3k telah pun dit4han rem4n di IPD Kajang di atas dakwaan yang sama.
Bercerita tentang taktik yang digunakan suspek, Fizz berkata individu berkenaan seorang yang pandai bercakap berkaitan pernigaan sehingga mampu mempengaruhi orang yang mendengarnya.
Awal Jun lalu saya ada dapat offer daripada suspek yang bagi open tender kerja pembersihan daripada DBKL untuk tempoh dua tahun yang mana dia kata sepatutnya bermula bulan Julai ini.
DATUK FIZZ FAIRUZ
PELAKON
“Polis baharu hubungi saya kata suspek sudah dit4han rem4n atas dakwaan yang sama berdasarkan report yang turut dibuat oleh m4ngsa lain.
“Rupa-rupanya ramai yang dah terkena dengan dia… saya pernah berjumpa sekali sahaja dengan susp3k dan kalau dengar dia sembang fasal perniagaan, kita memang tak sangka dia ni sc4mmer.
Perkongsian Fizz di Instagramnya.
“Dia memang pandai bercakap dan man1pul4si orang… saya harap tidak ada lagi m4ngsa yang tertipu dengan helah dia lagi selepas ini,” tegasnya.
Suami kepada pelakon Almy Nadia ini berharap dapat bersemuka dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mahadi Che Ngah atau Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa agar perkara ini dapat dibincangkan bersama.
“Kalau boleh saya memang nak jumpa sangat dengan Datuk Bandar atau Menteri Wilayah agar perkara ini dapat dibincangkan bersama sebab susp3k dah mempergunakan nama DBKL untuk kerja-kerja sc4m dia dan benda ini dah berleluasa.
“Tujuan saya nak jumpa bukan sebab nak tegakkan hujah saya tapi sebaliknya agar jangan ada lagi mana-mana individu yang berani melakukan penipuan dengan menyalahgunakan nama DBKL sehingga membuatkan ramai pihak terped4ya termasuk saya,” katanya lagi.
Sumber: mStar