Hiburan

Caprice tegur Ebit Liew isu ‘sh0w off’ misi bantuan di P4lestin, akhirnya kena ‘bl0ck’ di IG

APA sudah jadi dengan dua tokoh dan idola rakyat Malaysia, personaliti dakwah Ebit Lew dan penyanyi rap Caprice apabila secara tiba-tiba hubungan mereka menjadi dingin.

Kekusutan antara mereka mula disedari selepas Caprice atau Ariz Ramli, 33, berkongsi mesej panjang lebar yang dihantarnya bagi menegur perilaku Ebit ketika dalam misi kemanusiaan di G4za baru-baru ini.

Menurut Caprice tindakan Ebit menggunakan kanak-kanak mal4ng di bumi P4lestin sebagai bahan kandungan media sosial adalah sesuatu yang tidak wajar.

“Salam ustaz, minta maaf tapi Caprice dah simpan rasa ni dekat satu minggu dah, Caprice rasa kena tegur ustaz depan-depan dulu.

Ebit memberikan mainan kepada kanak-kanak ketika berkunjung ke perkampungan mereka di G4za.

“Ada beberapa pihak yang tak senang tengok gambar-gambar ustaz yang hanya highlight orang dan budak miskin.

“Caprice bagi contoh budak ni kena ambil gambar dua kali terima mainan. Apabila orang P4lestin tanya kenapa ustaz yang famous di Malaysia buat macam ni, Caprice pun tak tahu macam mana nak jawab,” katanya menerusi mesej yang dipercayai dihantar ke aplikasi WhatsApp Ebit.

 

Perkongsian Caprice di Instastory miliknya.

Namun dakwa Caprice mesej teguran berkenaan tidak dilayan pendakwah bebas yang terkenal dengan pelbagai misi bantuan itu.

Budak miskin yang sama terima mainan sama tapi kena pose untuk kamera dua kali.

CAPRICE

PENYANYI RAP

Menerusi siri perkongsian di Instastory, Caprice turut berkongsi foto Ebit bersama seorang kanak-kanak yang diberikan mainan dalam dua sudut yang berbeza.

Difahamkan foto berkenaan menimbulkan rasa kurang senang beberapa pihak di P4lestin.

“Caprice adalah penyokong nombor satu ustaz selama ni, fasal mainan tu kecoh selepas orang G4za tanya tentang hal berkenaan.

“Budak miskin yang sama terima mainan sama tapi kena pose untuk kamera dua kali.

 

Caprice bersama Ebit di G4za.

“Orang G4za soal kenapa nampak macam photoshoot? Sudah la selama ni mereka tahu ada banyak kes berlaku macam ni,” katanya.

Susulan teguran terbuka itu, Caprice turut mendedahkan dia juga sudah disekat daripada mengikuti akaun Instagram Ebit di Instagram.

Caprice berangkat ke P4lestin pada 24 Jun lalu bagi menyertai misi bantuan ke G4za.

Sumber: mStar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button