Norish Karman mengaku hantar mesej kepada adik Benjy, persoal kebajikan arwh – “Kalau rasa soalan saya meng4rut… boleh abaikan”

TANPA perlu berselindung atau berdolak-dalik, pelakon Norish Karman mengakui dia adalah individu yang menghubungi adik Allahy4rham Benjy bagi mendapatkan kepastian berhubung kebajikan arwh ketika hayatnya.
Mengakui tulisan dan pertanyaannya agak kasar, Norish atau nama sebenarnya Nor’Ashikin Karman bagaimanapun berkata dia berhak bertanya untuk mendapatkan kepastian.
Namun Norish juga berpendapat adik arwh iaitu Elza Irdalynna boleh mengabaikan soalannya sekiranya berasakan ia tidak masuk akal.
“Saya akui beremosi dan ayat-ayat dalam mesej itu agak kasar tetapi saya percaya soalan itu logik dan bukan soalan yang tidak masuk akal… mesej itu melalui DM (mesej langsung) bukan secara umum.
Adik arwh Benjy berkongsi paparan skrin mesej daripada Norish Karman.
“Bukan untuk diviralkan… hanya bertanya saja. Paling penting untuk saya tekankan… soalan saya kepada adik arwh Benjy tersebut adalah secara peribadi. Saya tak tanya dia depan orang satu dunia.
“Kalau dia rasa soalan saya itu mengarut dan tidak masuk akal, dia boleh abaikan saja. Tak ada siapa perlu tahu tentang soalan tersebut, ” kata Norish ketika dihubungi mStar pada Rabu.
Pelakon drama popular Spa Q ini diminta mengulas mengenai perkongsian Elza Irdalynna di Instagram yang memaparkan mesej daripada seorang pelakon wanita yang menudvh mereka mengabaikan kebajikan Benjy.
Kesal dengan tudvhan tidak berasas itu, Elza berkata pelakon itu tiada hak untuk bersuara tentang isu kebajikan dan terhadap arwh kerana dia bukanlah individu yang rapat dengan mereka sekeluarga.
Jen4zah arwh Benjy selamat dikebvm1kan pada Isnin.
Dalam pada itu, Norish memberitahu dia mengetahui mengenai kesusahan arwh semasa di penj4ra menerusi artikel di sebuah akhbar tempatan.
“Saya ada baca kesus4han arwh Benjy semasa di penj4ra menerusi sebuah akhbar tempatan yang melaporkan pakaian arwh sudah dua tahun tidak berganti.
“Menurut laporan akhbar itu juga, arwh terpaksa meminjam wang daripada b4nduan lain dan rakan artis yang memberitahu pernah meminjamkan wang kepada arwh.
“Jadi apa yang terlintas di fikiran saya, adakah arwh Benjy tidak mempunyai ahli keluarga untuk memastikan kebajikan arwh terjaga?” soalnya.
Benjy atau nama sebenarnya, Khaeryll Benjamin Ibrahim, 43, menghembuskan nafas terakhir akibat penyakit asma di Hospital Besar Royal Prima di Medan, Indonesia pada kira-kira pukul 11 pagi, Ahad.
Mungkin tonasi ayat saya dalam soalan tersebut agak kasar.
NORISH KARMAN
PELAKON
Sementara itu, Norish memberitahu dia menerima pelbagai kec4man daripada netizen gara-gara perkongsian Elza di laman sosial.
“Sekalipun soalan yang ditanya benar atau tidak dia bantu darah dagingnya, beranikan diri untuk menjawab secara DM, bukan kongsi secara umum di dalam instagram menagih simpati followers sendiri.
“Sebaliknya jika tidak benar, mengapa takut untuk membalas? Berani kerana benar takut kerana salah. Saya tak pasti tujuan dia menyebarkan soalan saya tersebut.
“Tapi penyebaran tersebut telah mengumpul ramai netizen yang menghent4m saya kiri, kanan, atas, bawah dan tengah. Daripada orang tak tahu, kini beratus ribu dah tahu, ” ujarnya.
Norish mengakui penulisannya dalam mesej tersebut dilihat kasar.
Norish bagaimanapun memohon maaf sekiranya pertanyaannya mesej tersebut dihantar pada masa yang tidak sesuai.
“Saya akui mungkin ada kekhilafan daripada pihak saya sendiri. Mungkin tonasi ayat saya dalam soalan tersebut agak kasar.
“Mungkin soalan yang saya ajukan tidak kena pada masanya iaitu di saat mereka masih mer4tapi pemergian ahli keluarga, ” katanya.
Untuk rekod, Norish merupakan ibu tunggal yang mempunyai lapan cahaya mata termasuk empat orang anak angkat asnaf yang dijaga sejak Mei tahun lalu.
Sumber: mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.