Hiburan

Nak Pfizer, Ifa Raziah nafi pilih v4ksin, dia berpeny4kit

PETALING JAYA – Pelakon dan pengacara sensasi Ifa Raziah menafikan dakwaan netizen yang menudvhnya membatalkan janji temu vaksin4si saat akhir secara sengaja kerana memilih jenis v4ksin.

Menerusi muat naik dalam TikTok, Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha berkata, dia terpaksa membatalkan niat mengambil v4ksin hari ini disebabkan kekeliruan dan salah faham yang berlaku di Pusat Pemberian Vaksin Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

“Miss Diva terpaksa cancel (batalkan) vaksin hari ini kerana tidak dapat suntikan Pfizer di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

“Bukannya mengada-ngada tak mahu ambil v4ksin,” tulisnya.

Pada hantaran berbeza dalam Instagram, Ifa memberitahu dia bukan sengaja mahu berbuat demikian, namun tindakan tersebut diambil memandangkan vaksin jenis Pfizer sahaja dirasakan sesuai untuk diri dan peny4kit yang dihidapinya.

 

“Itu hak kita nak ambil atau tak walaupun sudah disediakan oleh kerajaan Malaysia dalam aplikasi MySejahtera.

“Cuma, setahu saya kalau di MITEC, mereka akan dibekalkan dengan v4ksin jenis Pfizer. Tapi bila saya sampai, lain pula jadinya. Nak Pfizer tapi diberi Sinovac,” kata Ifa tanpa mendedahkan jenis peny4kit yang dihidapinya.

Tambah pelakon drama Janda Kosmopolitan itu, doktor yang bertugas di PPV tersebut turut mengeluarkan sepucuk surat sebagai rujukan untuknya agar mendapatkan v4ksin bersesuaian sahaja.

“Bukanlah nak kata v4ksin lain tu tak okey dan Pfizer saja yang paling bagus. Tapi untuk kes macam saya ni, peny4kit yang saya ada, cuma Pfizer sahaja yang sesuai.

“Ini bukan soal nak ke luar negara ke apa ke. Sama sekali tidak. Kalau cucuk 10 dos Pfizer sekali pun, bukan boleh terbang dan pergi luar negara sekarang pun,” katanya lagi.

Meninjau pada ruangan komen, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan Artis Versatil Popular Anugerah Bintang Popular ke-29 itu.

“Tak kiralah Sinovac ke atau apa-apa jenis v4ksin sekali pun. Semua sama saja. Tak perlu memilih. Suami saya dan anak-anak elok saja dapat v4ksin.

“Jenis artis tak sedar dek untung. Bersyukurlah dapat v4ksin apa pun. Berjuta lagi rakyat menunggu nak dapatkan janji temu vam4ksin. Kamu dah dapat suka hati batalkan, kejarkan Pfizer tu,” tulis netizen.

Terdahulu, Ifa hebat dikec4m netizen gara-gara memuat naik sebuah video memaparkan dirinya berada di PPV MITEC untuk div4ksin namun terpaksa membatalkan hasrat tersebut disebabkan tidak mendapat v4ksin jenis Pfizer seperti yang diiginkan.

Tinjauan Kosmo! Online mendapati hantaran video yang dimuat naik dalam Instagram sebelum ini telah dipadam beberapa jam kemudian.

Sumber: K! ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *