“Wajah tampak cengkung” – Nia Ramadhani dan suami akui ambil sy4bu sejak lima bulan lalu

JAKARTA: Aktres terkenal Indonesia, Nia Ramadhani dan suaminya, Ardi Bakrie didakwa mula mengambil d4d4h jenis sy4bu sejak lima bulan lalu.
Menurut polis, perkara itu diakui sendiri oleh pasangan suami isteri itu ketika dit4han di Balai Polis Metro Jakarta Pusat.
Selain itu, pemandu peribadi pasangan suami isteri itu juga didakwa mengambil sy4bu dan sudah dit4han telebih dahulu sebelum Nia dan Ardi ditangk4p.
Ketua Perhubungan Awam Polis Metro Jaya, Yusri Yunus berkata, pasangan suami isteri itu ditahan semalam di Pondok Indah, Kebayoran Baru.
Katanya, berdasarkan ujian air kencing, pasangan suami isteri itu positif d4dah jenis sy4bu.
“Nia dan Ardi mengakui mereka sudah menggunakan d4d4h selama lima bulan, termasuk pemandu peribadinya.
“Polis turut merampas sejumlah barang bukti termasuk alat untuk mengh1sap sy4bu,” katanya kepada Suara.com.
https://twitter.com/hibooran/status/1413040854554447872?s=20
Wajah nampak cengkung
Antara isu yang menjadi tumpuan ramai adalah rupa fizikal Nia kerana disifatkan tampak berbeza. Bukan sahaja pucat lesi, malah dikatakan wajahnya nampak seperti cengkung membuatkan wujud dakwaan ia mempunyai kaitan dengan pengambilan barang terl4rang.
Terdahulu,Pelakon popular Indonesia, Nia Ramadhani dan suami, Ardi Bakrie dit4ngkap oleh pihak berkuasa kerana didakwa terkait dengan penyalahgun4naan d4dah.
Kredit: utusan