Hiburan

Eyra Hazali jalani pembed4han melibatkan tulang belakang tanpa ditemani suami di sisi

PELAKON Eyra Hazali selamat menjalani pembed4han melibatkan tulang belakang pada Isnin di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

Enggan berkongsi lanjut tentang peny4ki1 yang dihidapinya, Eyra atau nama sebenarnya nama sebenarnya Hazirah Qasdina Hazali, 22, berkata, dia kini berada dalam keadaan baik dan masih lagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Saya perlu jalani pembed4han berkaitan dengan tulang belakang saya tapi saya memilih untuk tidak berkongsi lebih lanjut kerana ia peribadi… hanya saya dan keluarga sahaja.

 

Eyra dimasukkan ke hospital pada Isnin.

“Saya dimasukkan ke wad di KPJ Ampang Puteri pada Isnin dan petang itu juga saya jalani pembed4han. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.

“Keadaan saya sekarang ok, Alhamdulillah tapi masih berada di hospital… belum pasti bila boleh dibenarkan pulang, ” kata Eyra ketika dihubungi mStar pada Rabu.

Ikutkan memang nak tunggu dia balik sini baru saya lakukan pembed4han.

EYRA HAZALI

PELAKON

Sebelum ini, pelakon drama Puteri Yang Ditukar itu memuat naik foto memakai baju hospital dengan kapsyen berterima kasih kepada semua orang yang mendoakan keadaannya.

Rata-rata peminat dan rakan selebriti mendoakan agar Eyra berikan kesembuhan biarpun tidak mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai keadaan aktres itu.

Dalam pada itu, Eyra berkata dia terpaksa melakukan pembed4han tanpa suaminya yang kini berada di Thailand untuk perlawanan Asian Football Confederation (AFC).

Katanya, anaknya Muhammad Hayder Qhalish yang kini berusia setahun kini dijaga oleh ibu bapa dan adik-beradiknya.

 

Eyra dan suami serta anaknya.

“Kebetulan pula suami berada di Thailand untuk perlawanan bola AFC. Ikutkan memang nak tunggu dia balik sini baru saya lakukan pembed4han.

“Tapi saya dah tak dapat nak menahan sakit ini… itu yang teruskan saja pembed4han tanpa dia. Sementara saya di hospital dan suami di Thailand, Hayder dijaga oleh mak cik saudara dan tok wan dia.

“Sebenarnya ini kali pertama untuk Hayder terpaksa berjauhan dengan saya dan suami. Tapi Alhamdulillah, saya bersyukur kerana ada yang menjaga dan melayan dia, ” ujarnya.

Eyra mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Haziq Nadzli yang juga penjaga gol JDT pada 1 November 2019 dan dikurniakan cahaya mata pertama iaitu Hayder pada 14 Ogos tahun lalu.

Sumber: mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *