Viral

“Jangan jalan!” – [VIDEO] polis ‘jerk4h’ wakil rakyat tak nak tunjuk surat rentas negeri

Baru-baru ini, ada video tular menunjukkan tindakan seorang polis bertegas kepada seorang VIP yang dikatakan cuba untuk merentas negeri tanpa sebarang surat kebenaran.

Video itu mula tular di laman Facebook sehingga meraih 17K jumlah perkongsian dalam masa 13 jam ia dimuat naik.

“Jangan jalan!”

 

Dalam musim pandemik ini sudah semestinya ia membawa terkanan kepada rakyat Malaysia, terutamanya bagi mereka yang bekerja di kawasan berlainan negeri daripada keluarga mereka.

Jika diikutkan sudah hampir lebih setengah tahun kita tidak dibenarkan rentas negeri, kalau ada golongan selebriti dan orang VVIP yang merentas negeri sesuka hati, pasti ia akan menjadi perhatian netizen.

Namun begitu, apa yang lainnya dengan kes ini, dilihat ada seorang anggota polis yang begitu berani bertegas biarpun individu itu adalah golongan VIP.

Menurut sumber, punca kekecohan ini adalah….

Salah satu daripada video itu, dilihat pegawai polis ini menahan kenderaan VIP yang dikatakan milik seorang ADUN tersebut dan meminta pemandunya untuk berhenti dengan nada yang tegas.

Anggota polis itu juga dilihat memberikan penerangan tentang SOP sebelum menjelaskan kepada orang sekeliling mengenai tujuan dia membuat pen4hanan itu. Menurutnya, individu tersebut enggan menunjukkan dokumen kebenaran untuk merentas negeri.

Atas budi bicara daripada Ahli Parlimen yang lain, anggota tersebut membenarkan ADUN itu untuk meneruskan perjalanan.

Tindakan anggota polis tersebut telah mendapat pujian ramai dengan sikapnya yang neutral, tegas dan dalam masa yang sama tidak melampaui batas.

Hormat dengan cara pegawai polis – Netizen

 

Apapun mungkin ada sebab kenapa ADUN tersebut merentas negeri yang kita tak tahu dan mungkin akan ada penjelasan daripada pihaknya nanti.

Sumber: Lobakmerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *