Global

Budak 7 Tahun Beriya-iya Beritahu Cikgu Yang Pakciknya Superman, Tak Ada Siapa Percaya Sampailah…

Korang percaya tak kalau ada budak kecil beritahu yang salah seorang family members dia superhero, Superman?

Kalau ikut logik mestilah tak ada yang percaya tetapi baru-baru ini seorang budak bernama Thomas, 7, beriya-iya mengaku kepada cikgu yang pakciknya Superman.

 

Menurut Light Home, semuanya bermula apabila Thomas ni ditegurnya cikgunya kenapa dia begitu suka memakai baju dengan logo Superman. Jawab Thomas ringkas je,

Sebab pakcik saya Superman.” 

Jawapan Thomas itu mendapat perlian rakan-rakannya di dalam kelas dan cikgu Thomas bertegas menyatakan yang Superman itu tak wujud di dunia nyata.

Walaupun Thomas dihukum dan dibawa ke pejabat sekolah, dia tetap dengan pendiriannya. Cikgu terpaksa beri amaran kepada mak Thomas untuk berhenti beritahu ‘penipuan’ kepada anaknya.

Pun begitu, mak Thomas hanya ketawa bila mendapat amaran tersebut dan meminta adik iparnya untuk pergi ke sekolah untuk ‘menyelamatkan’ Thomas.

 

Pihak sekolah ternyata terkejut bila mendapat tahu yang rupa-rupanya Thomas ni anak saudara kepada Henry Cavill iaitu pelakon filem Superman. Halah halahhh… 

Perkara ini kemudian viral di media sosial dan rata-rata tak sangka rupanya Thomas memang bercakap ‘benar’.

Berikut rakaman Henry Cavill menceritakan hal tersebut dalam satu sesi temubual:

 

 

Budak-budak mana pandai menipu kan… Mesti malu je cikgu dan kawan-kawan Thomas tu. 

 

 

Sumber: Lobakmerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *