Hiburan

“Saya jarang melayan komen b0d0h macam ini, tapi sed1h, luluh hati dikata m4ndul” – Siti Elizad

 

Kuala Lumpur: Pelakon popular Siti Elizad sedih dan kecewa apabila dih1na dan dikatakan m4ndul oleh seorang pengguna laman sosial.

Elizad berkata, tindakan individu yang menggunakan akaun Zain Rashdan itu adalah keterlaluan dan b1adap.

“Saya jarang melayan komen bodoh macam ini. Tapi apabila dia menggunakan perkataan m4ndul, ia sangat menyakitkan saya. Dia siapa nak cakap saya m4ndul? Dia siapa nak persoalan saya boleh beranak ke tak? Jantung rasa nak terc4but. Sedih sangat. Adakah dia suka kalau saya bercer41 berai sebab belum ada zuriat?

“Saya menangis meluahkan perkara ini. Dia tahu ke saya ini solat atau tak? Pernah kerjasama dengan saya? Adakah dengan bersedekah, bangun solat malam, mengaji, pakai telekung atas sejadah dan segala amalan perlu dimuat naik di Instagram? Lain orang lain caranya.

“Saya tidak perlukan perhatian sebegitu. Saya gembira dengan kehidupan ini. Dapat anak atau tak, itu kerja Allah SWT.

Cuma, tiada siapa boleh cakap m4ndul pada saya,” katanya.

Dalam masa sama, Elizad juga penyampai radio Sinar menjelaskan betapa dirinya berusaha keras untuk mendapatkan zuriat.

“Dia tahu tak saya ini berusaha keras macam nak m4t1nak dapatkan zuriat sendiri. Setiap hari dalam solat menangis, minta pada Allah jangan biarkan saya keseorangan tanpa zuriat. Menangis kecewa sebab tiada peneman umur dah macam ni.

“Saya ini bertahun pergi jumpa segala doktor pakar dan pergi seluruh pelusuk berubat. Cucuk sana sini, sakit tahu tak?  Yang dia dengan mudahnya cakap saya m4ndul.

“Apa dia rasa? Keluarga saya rasa? Orang yang tahu dan nampak saja saya bersusah payah berulang alik, tahan sakit nak dapatkan anak,” katanya.

 


Susulan itu, Elizad sudah membuat laporan di Balai Polis Bukit Jalil.

“Saya jarang ambil kisah dan tak maafkan orang. Tapi kali ini hati saya luluh sangat. Tuhan saja tahu.

“Saya sudah buat laporan polis. Terima kasih banyak Puan Farhana dan semua anggota polis yang membantu juga Inspektor William di Balai Polis Sungai Besi.

“Kepada abang yang bela saya dalam video tanpa saya kenali dia terima kasih banyak. Juga mereka yang sentiasa menyokong dan memberi kata-kata semangat buat saya . Hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala kata-kata kebaikan anda. Selebihnya tunggu esok untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

 

Dalam masa sama, Elizad sudah menyerahkan perkara itu kepada peguam.

Sumber: Metro

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button