Hiburan

Gara- gara ada orang busvk hati, Lan Solo kena sam4n

PETALING JAYA – Penyanyi Lan Solo kecewa apabila masih ada individu tidak berpuas hati dengan perniagaannya sehingga terpaksa berdepan sam4n sekali lagi.

Kejadian tersebut berlaku pagi tadi ketika Lan melakukan kerja-kerja memunggah stok yang baru tiba di kedainya di Puchong Prima, Selangor sebelum didatangi dua orang penguasa Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ).

Dakwa MPSJ, Lan dis4man atas alasan lori kontena yang menghantar stok menghalang lalu lintas.

“MBSJ datang lagi. Puas hati kau wahai pengadu? Waktu aku angkut barang dari kontena, masa itulah ada orang buat aduan dan MBSJ terus datang buat kerja. Allahuakbar.

“Katanya aduan mengganggu lalu lintas! Kat mana yang aku ganggu lalu lintas? Pagi buta sesak tang mana? Keadaan kedai agak sibuk tu aku faham lah. Yang kau mengadu tak habis-habis tu dah kenapa! Jadi disebabkan ada aduan, mereka tetap kena keluarkan sam4n. Terima kasih @sjcitycouncil,” tulisnya pada ruangan kapsyen video yang dimuatnaiknya sebentar tadi.

Dalam rakaman video berkenaan, Lan jelas kelihatan kecewa kerana tidak semena-mena dis4man dan ditudvh mengganggu lalu lintas sedangkan keadaan jalan di hadapan kedainya pada waktu itu agak lengang.

Dedah bekas vokalis kumpulan Kristal itu lagi, ini bukan kali pertama dia dikenakan s4man oleh MBSJ dan pengadu yang membuat aduan tersebut merupakan orang di sekelilingnya.

 

Komen netizen:

 


Sumber: utusan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button