Viral

Pemuda ini setia jaga sahabat terl4ntar di wad sehingga akhir hay4t, siap tukar lampin… diam-diam ada yang rakam kebaikannya!

Itulah kata-kata yang sesuai bagi menggambarkan pengorbanan seorang pemuda yang sanggup bersusah payah dan bersengkang mata menjaga sahabatnya yang terlantar s4kit.

Video itu yang tular di media sosial baru-baru ini memaparkan pemuda berkenaan sedang menukar pakaian sahabatnya di wad dengan sangat berhati-hati benar-benar menyentuh hati netizen.

“Ada insan share dekat group family kami. Tak tahu siapa yang record, mungkin rakan di wad yang sama. Ini sahabat arwh abang… yang setia menemani, menurut kehendak. Satu dalam seribu. Terima kasih,” demikian kapsyen pada video berkenaan.

Berkongsi cerita dengan mStar, Rosmina Ismail yang memuat naik video berkenaan di laman Instagram berkata, arwh abangnya, Roslim Ismail, 34, terlantar sakit sejak hampir dua bulan lalu kerana ser4ngan jantung.

“Arwh abang dimasukkan ke hospital ketika awal Ramadan lalu selepas terkena ser4ngan jantung ketika sedang bekerja. Kami sekeluarga terkejvt sangat sebab abang sihat sahaja sebelum ini… dia bekerja sebagai buruh dan dia memang biasa buat kerja berat.

Kenangan Allahy4rham (dalam bulatan) bersama keluarga ketika meraikan ulang tahun bapa mereka.

“Selepas beberapa hari dirawat, abang dibenarkan keluar hospital. Namun keadaan kesihatannya makin mer0s0t. Dia kerap ulang alik ke hospital dan dimasukkan ke wad kerana keadaan jantungnya lem4h.

“Hinggalah pada 28 Mei, arwh abang sekali lagi dimasukkan hospital berikutan keadaannya yang lemah.

“Saya dan seorang lagi abang yang tinggal serumah di Pasir Mas, Kelantan, akan ulang alik menghantar barang dan selesaikan urusan hospital. Disebabkan keadaan sekarang, waris tak dibenarkan teman. Hanya datang melawat seketika saja,” cerita wanita berusia 28 tahun ini.

Cerita Rosmina, arwh abangnya kemudian memaklumkan bahawa seorang rakannya akan menemaninya di hospital sepanjang dia dirawat.

 

Pus4ra Allahy4rham terletak bersebelahan dengan pus4ra ibunya.

“Sekarang ni hanya seorang sahaja boleh teman dan wajib buat swab, jadi disebabkan sahabatnya mahu teman, kiranya dia sebagai wakil keluarga kami.

“Kami sekeluarga sangat terharu apabila sahabatnya, Peyuh (nama panggilan) tawarkan diri nak menemani. Memang masa arwh masih sihat, dia selalu bawa Peyuh ni bekerja sekali.

“Mungkin ada sikap atau kebaikan arwh abang terhadapnya membuatkan dia mahu menemani. Bukan setakat jaga tapi tukar lampin dan macam-macam lagi. Video ini mungkin dirakam oleh pesakit lain di wad atau jururawat.

“Pada malam abang men1nggl dnia ia dihantar ke group keluarga kami. Memang seb4k… sampai sekarang mengalir air mata kalau tengok video tu,” cerita Rosmina yang merupakan anak keenam daripada tujuh adik beradik.

Kami banyak kali bertanya bimbang menyusahkan dirinya, namun Peyuh ni marah balik… dia kata dia buat semua ini ikhlas.

ROSMINA ISMAIL

ADIK

Menurut Rosmina, Peyuh akan bertindak sebagai perantara untuk menyampaikan apa sahaja pesanan abangnya kepada keluarganya.

“Kira-kira lima hari juga Peyuh menemani arwh abang di hospital di Pasir Mas sebelum abang terpaksa dipindahkan ke hospital di Kota Bharu pada 6 Jun.

“Malah, dia yang teman arwh abang dalam ambulans ketika nak ke Kota Bharu, manakala seorang lagi abang saya ikut dengan kereta lain di belakang.

“Peyuh cerita, arwh abang banyak kali bertanya bimbang menyusahkan dirinya, namun Peyuh ni marah balik… dia kata dia buat semua ini ikhlas. Betul-betul respect dengan sahabat arwalh abang yang satu ini,” ujar ibu kepada seorang cahaya mata ini.

Hanya sempat dirawat sehari sahaja di Kota Bharu, Rosmina berkata arwh abangnya menghembuskan nafas terakhir pada 7 Jun lalu.

 

Anak tunggal Allahy4rham yang berusia lima tahun menziarahi pus4ra bapanya.

“Selepas arwh men1nggl dnia, ada ramai sangat yang WhatsApp dan cerita pasal arwh, antaranya seorang kawan. Ayahnya sama wad dan duduk sebelah katil dengan arwh abang. Dia cerita, abang ni suka tolong orang dalam wad. Sebak rasanya bila dengar.

“Kemudian kami terbaca status WhatsApp yang dikongsi Peyuh. Rupa-rupanya abang ada cakap kepadanya yang dia dah reda kalau dijemput aj4l. Malah abang ada tanya dia, dengan siapa dia nak berkawan kalau abang dah pergi.

“Abang juga pernah cerita kepada Peyuh yang dia rindu sangat dengan anak tunggalnya yang berusia lima tahun yang dijaga bekas isteri. Kami dah bawa sebenarnya, tapi tak dibenarkan masuk. Dia juga pernah mimpi bertemu arwh ibu.

“Bila baca apa yang dikongsi Peyuh, memang sedih. Arwh seolah-olah nak beritahu dia nak ‘pergi’. Namun kami reda. Perkongsian video itu saya buat sebab nak sampaikan mesej persahabatan dan keikhlasan. Terima kasih Peyuh dan semua yang mendoakan arwh abang saya,” ujarnya lagi.

Sumber: mStar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button