Viral

‘Ya Allah, Kesiannya..’ – Azad Jasmin Tak Sampai Hati Lihat Remaja Jual Burger Dalam Hujan

Di Instagram, pelakon komedi iaitu Azad Jasmin atau dikenali sebagai Pak Azad berkongsi sebuah video memaparkan seorang remaja berniaga burger di tepi jalan dalam keadaan hujan. Situasi tersebut bagaimanapun telah mendapat perhatian Pak Azad untuk membantu remaja berkenaan dengan membeli makanan tersebut.

Mereka mencari rezeki dalam hujan

 

ideo pendek yang dikongsikan Pak Azad itu menyaksikan seorang remaja terpaksa menjual burger di lampu isyarat dan dipercayai lokasi tersebut di Shah Alam. Pak Azad bagaimanapun kasihan melihat usaha remaja berkenaan berniaga dalam keadaan hujan dan membawa bersamanya beberapa biji burger yang telah dibungkus.

Menerusi posting tersebut, Pak Azad mengajak pengikutnya membantu dengan membeli makanan dari peniaga-peniaga kecil yang perlu berniaga demi kelangsungan hidup mereka terutamanya dalam situasi negara berdepan dengan pandemik.

Tolonglah, sesiapa yang lalu kot area Shah alam, tolonglah budak ni, dia tak minta duit, dia cuma minta anda kalau terjumpa dia, belilah burger dia nah. Anda bantu dia Allah SWT guarantee bantu anda. Hujan Rahmat, Ya Allah Ku pohon padamu, jagalah insan ini bersama keluarganya. Amin Amin Amin. Kita bersenang di rumah, mereka mencari rezeki dalam hujan di luar.

Kesiannya adik ni…

Dalam video yang dimuatnaik di akaun Instagram @azadsyaziraroses , korang boleh tengok macam mana seorang peniaga menjual dalam keadaan hujan lebat dan seterusnya dibeli oleh Azad sendiri. Korang boleh gak tengok video tu dalam tweet @anthraxxxx kat bawah ni

 

https://twitter.com/anthraxxxx/status/1406275217798799361?s=20

Komen netizen:

 

 

 


Sumber: Pak Azad

Kredit: Ohbulan via Lobakmerah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button