Hiburan

“Saya mohon penungg4ng motosikal yang menghantar makanan, berpada-padalah”

KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal, Datin Sofia Jane, meluahkan rasa ber4ng terhadap sikap pengguna jalan raya yang suka mel4nggar lampu merah.

Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin (ASK2007) menerusi drama Sebuah Ijtihad itu menasihati penunggang motosikal supaya mengikut undang-undang jalan raya dan hormatilah pejalan kaki yang mahu melintas.

“Saya mohon penunggang motosikal yang menghantar makanan, berpada-padalah. Lampu merah jangan main l4nggar. Orang nak lintas jalan seperti berhadapan dengan mavt setiap kali di lintasan. Saya faham kalian nak capai kuota harian tapi janganlah sampai nak menjemput mavt.

“Siap hon mereka di lintasan pejalan kaki. Kalau memandu di kawasan perumahan, perlahanlah. Kanak-kanak, orang tua nak berjalan pun payah, takut dil4nggar. Apa nak jadi ni? Dah tak ada undang-undang jalan raya ke? Ini baru motosikal, belum lagi saya meroyan fasal pemandu kereta,” ujarnya.

 


Dalam perkongsian berlainan di Twitter, Sofia pernah menyaksikan kejadian hampir mer4gut nyawa kanak-kanak oleh sikap pemanduan pemandu kereta di parkir.

“Bawak kereta macam samseng di tempat letak kereta. Belum lagi jalan raya. Saya pernah lihat kanak-kanak berlari di parkir dan hampir-hampir dil4nggar kereta yang bawa laju!” ciapnya.

Sumber: utusan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button