Kereta Mewah Bawa Asad Motawh Dibvru Polis Lepas Guna Lampu Biru Untuk Elak ‘Jam’

Viral semalam di media sosial bila pembantu peribadi Asad Motawh kongsikan video di TikTok menunjukkan dia memakai lampu strob berwarna biru seakan lampu polis untuk elak dari kesesakan lalu lintas.
Tindakan lelaki tersebut kongsikan videonya menggunakan lampu tersebut telah menimbulkan rasa tak puas hati dalam kalangan netizen lebih-lebih lagi ia jelas melanggar Akta Pengangkutan Jalan Raya.
@PDRMsia , @PDRMsia_Trafik , @JPJ_Malaysia , tolong amik tindakan. Sesuka hati dia jer nak pasang lampu Biru pandu arah. Jenis kenderaan awam no.plate BPB 4. Katanya untuk clearkan trafik sebab dia nak kejar masa. pic.twitter.com/0e9sRbxARA
— Jabatan Netizen Malaysia (@jnmalaysia) June 16, 2021
Dapat dilihat, penyanyi Asad Motawh turut berada dalam kenderaan mewah tersebut yang dipandu oleh pembantu peribadinya. Selepas mendapat kec4man ramai, video tersebut telah pun diturunkan.
Bagaimanapun, netizen terus menggesa pihak berkuasa untuk membuat siasatan ke atas pemilik kenderaan tersebut.
Menurut Harian Metro, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman kini sedang mengesan pemilik kereta mewah tersebut.
Penggunaan lampu strob adalah menjadi satu kes4lahan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Pemilik kenderaan itu sedang dikesan bagi diambil tindakan susulan dan siasatan lanjut.”
Alamak, buat hal betullah…
Sumber: LobakMerah