Hiburan

Bagaikan hidup dalam m4t1 – Elyana

PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon popular, Elyana memaklumkan, dia kini suk4r bernafas akibat k4ns3r yang dihidapinya sejak 11 tahun lalu.

Elyana mendedahkan k4ns3r tersebut kini mengakibatkan saluran pernafasannya menjadi semp1t dan sukar untuk bernafas seperti orang biasa.

“Saya sekarang susah untuk bernafas kerana k4ns3r ini sudah berada di tengah-tengah dada. Jadi, ia telah menyempitkan saluran pernafasan.

“Saya nak bernafas seperti biasa memang susah. Kalau orang normal bernafas 100 peratus, saya kini bernafas dalam 20 peratus sahaja,” katanya yang menerima rawatan radi0terapi kelmarin.

 

Bagaimanapun, menurut artis itu, dia berasa sedikit lega semalam setelah doktor memberi ubat untuk mencairkan kahak.

Ceritanya yang berusia 34 tahun, sebelum ini dia sudah membuat kim0terapi dan radi0terapi, namun badannya masih kuat.

“Sekarang saya dah tidak kuat macam dahulu. Selain itu, dah kurang nutrisi dalam badan saya. Berat sekarang 35 kilogram, ia terlampau ringan,” ujarnya

“Apabila dah masuk darah, saya baru rasa ada sedikit tenaga. Jika tidak, selalunya saya rasa lemah dan macam susah nak membuka mata. Bagaikan hidup dalam m4t1,” katanya.

 

Elyana yang menghidap k4nser limf0ma mahu terus bermain dengan anak-anak menyebabkan dia nekad menjalani rawatan radi0terapi.

Dalam masa sama, Elyana memohon didoakan agar dia terus kuat untuk menjalani rawatan berkenaan.

Dia akan melakukan rawatan itu sebanyak 10 sesi dan harus menghadapinya dengan cekal berikutan berat badannya yang semakin susut. – UTUSAN

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button