Viral

“Ya Allah Ini Anak Aku! Kalau Kau Tak Jentik Suami Untuk Cari Nama Tu Balik…” – Sesi Serah Anak Berlangsung Penuh Em0si!

Kemelut isu pertukaran bayi telah pun selesai semalam apabila usahawan, Siti Suriani Wahiddin atau lebih dikenali sebagai Siti Jamumall akhirnya bertemu dengan anaknya semula.

Menerusi video yang dipaparkan sebuah stesen televisyen, proses menyerahkan anak kepada Siti Jamumall dan seorang lagi ‘mangsa’ berlangsung dengan penuh emosi.

Ini kerana kedua-dua bayi tersebut masing-masing telah dijaga rapi oleh ibu bapa ‘sementara’.

Sedikit sebanyak hubungan itu telah pun terjalin antara ibu dan anak.

 

Menurut Siti Siti Jamumall, apabila dia melihat wajah anaknya itu, dia agak terkejut kerana kedua-dua mereka memiliki rupa paras hampir sama.

“Bila dapat jumpa tu, memang sama je muka dengan anak.

“Ya Allah ini anak aku, ini bukan drama, ini real things yang berlaku dalam diri saya,” katanya.

Tambahnya, dia bersyukur apabila Tuhan ‘menjentik’ hati suaminya supaya mencari balik tag nama tersebut.

“Ya Allah kalau kau tak jentik hati suami saya untuk tengok balik nama tu mungkin sampai bila-bila aku takkan jumpa anak aku,” katanya.

 

Terdahulu, tular di media sosial mengenai Siti Jamumall yang cemas apabila menyedari bayi yang dibawa pulang dan disusukan bukan anak kandungnya.

Dia hanya menyedari perkara tersebut ketika suaminya mahu memotong tanda nama pada kaki bayi tersebut dan mendapati ia milik wanita lain yang dipercayai turut melahirkan bayi di hospital sama.

Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen mendapati ramai yang melahirkan rasa syukur setelah kedua pasangan ibu bapa ini telah menemui anak masing-masing.

 

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *