Hiburan

[VIDEO] “Tak adil hukum saya dengan video yang disunting” – Iqram Dinzly masih w4ras, jawab tud0han terpes0ng ak1dah gara-gara video TikTok

PELAKON Iqram Dinzly meminta orang ramai supaya tidak mengadili perlakuannya hanya berdasarkan video pendek yang tersebar di aplikasi TikTok.

Pemilik nama sebenar Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin, 40, berkata, apa yang disebarkan oleh seorang pengguna sosial media itu bukanlah gambaran sebenar kerana ia sudah disunting demi tujuan tertentu.

“Saya tengok balik live tu, tak adil sekiranya video 1 minit 20 saat tu dipetik daripada sejam lebih punya durasi untuk dijadikan satu bahan teguran.

“Teguran yang macam mana? Atas syariat Islam atau kehendak nafsu nak kata saya r0sak ak1dah,” ujarnya kepada mStar.

 

Teguran PU Syed terhadap Iqram menerusi video yang dimuat naik di Instagram miliknya.

 

Terdahulu, sebuah video yang memaparkan Iqram Dinzly bersama seorang lelaki sedang berbual tentang agama Islam tular di media sosial.

Video berdurasi satu minit itu memperlihatkan pelakon berkenaan meminta dirinya dis3mbah hingga menimbulkan kem4rahan netizen.

Perkara itu, turut mendapat reaksi Pencetus Ummah (PU) Syed yang meminta Iqram segera bertaubat dan mendapatkan rawatan sewajarnya.

Mereka yang sepatutnya perlu mendapatkan rawatan sebab terlalu sibuk hal orang tanpa usul periksa.

IQRAM DINZLY

PELAKON

PU Syed mengingatkan agar golongan muda atau pengguna media sosial supaya tidak mengikuti live pelakon itu pada masa akan datang kerana bimbang boleh mer0sakkan ak1dah.

Dalam pada itu Iqram berkata, dia sebenarnya tidak mengalami masalah kesihatan seperti yang diperkatakan banyak pihak.

“Siapa yang sakit? Siapa yang perlu mendapatkan rawatan? Mereka di luar sana yang sepatutnya perlu mendapatkan rawatan sebab terlalu sibuk hal orang tanpa usul periksa.

“Saya cakap semb4h la aku (merujuk kepada Tuhan), saya tak cakap sembahlah Iqram Dinzly,” ujarnya.

Sementara itu, Iqram berkata, dia tidak mahu perkara ini dipanjangkan kerana ia akan memberi kesan kepada keluarga.

“Saya minta maaf kepada sesiapa sahaja dan jangan risau dosa kalian terhadap saya, telahpun saya maafkan,” katanya.

 

Sumber: mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *