Hiburan

“Makin Pel1k Dia Ni” – Imej Eksentrik Jadi Buah Mulut Netizen, Sarah Hildebrand B1das Balik!

“Makin pelik dia ni,” itu antara komen yang ditulis menerusi hantaran foto pelakon Sarah Hildebrand yang berambut merah dan mengenakan solekan pucat di Instagramnya baru-baru ini.

Gambarnya tampil dengan imej eksentrik itu mendapat kritikan pengguna yang terganggu dengan visual yang dikemaskini Sarah.

 

Bagaimanapun, Sarah tampil semula membidas komen negatif yang dilemparkan terhadapnya dengan menegaskan foto berkenaan telah dirakamkan sejak sekian lama dan baru dimuatnaik di akaun media sosialnya.

“Tak payahlah nak emoni nangis-nangis sangat. Getting worse bagai. Gambar-gambar ini telah dirakamkan sudah lama yang mana itu bukan hal kamu pun.

“Urusan kamu adalah cuba untuk menjadi lebih baik dan tidak menghakimi orang lain. Berhenti membuat kesimpulan tentang orang lain yang kamu tak kenal pun.

“Bagi saya, yang nampak makin teruk itu kamu. Semoga kamu punyai masa untuk membuat refleksi diri,” jawabnya.

Tambahnya, tidak adil untuk individu luar untuk menilai dirinya sedangkan masing-masing punyai latar belakang dan kehidupan yang berbeza.

“Apa yang kamu nampak pelik mungkin tak sama dengan orang lain. Ia subjektif. Sepertimana kamu fikirkan komen kamu itu sangat penting walhal ia mungkin subjektif bagi orang lain.

“Tutup litup, tapi hati masih hitam. Dalam kegelapan masih mencari-cari sesuatu untuk isi,” kata Sarah lagi.

 

Dalam pada itu, Sarah turut mengemaskini hantaran berbentuk kata-kata kepada pihak yang kerap mencari kesalahan orang lain.

“Rasa kasihan sangat kepada orang yang suka menghukum, mencaci, menghina orang lain sedangkan orang yang dihina itu tak kacau pun hidup mereka.

“Kasihan, ramai yang tidak dapat kasih sayang yang cukup. Ramai yang tak dapat perhatian yang diinginkan. Ramai yang tak dapat capai yang diimpikan.

“Semua tak pernah cukup buat mereka. Sehingga melepaskan geram pada orang lain, tanpa menyedari diri mereka bergelumang dalam gejala negatif yang datang dari suka duka kehidupan mereka sendiri,” tulisnya.

 

Dalam kemaskini foto di Instagramnya, Sarah menyifatkan sesi fotografi tersebut mengambil inspirasi dari karakter Willy Wonka & Mat Hatter (lakonan Johnny Depp), Eternal Sunshine of the Spotless Mind (Kate Winslet) dan The Fifth Element (Milla Jovovich).

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *