Global

Baim Wong dedah jantina anak kedua, bakal namakan Dragon Wong

PELAKON Baim Wong membuat pendedahan dia dan isteri, Paula Verhoeven bakal menimang cahaya mata lelaki kedua.

Perkara itu dikongsikan Baim menerusi video di saluran YouTube miliknya, Baim Paula dengan memuat naik gambar imbasan USG.

“Oh ya, kami bakal timang anak lelaki comel sekali lagi sebab sebelum ini kami ingat kandungan kali ini perempuan sebab perut isteri kelihatan bulat.

“Tapi tidak mengapa, lelaki atau perempuan kami tetap bersyukur. Nama pun dah ada Dragon Wong,” kata Baim.

 

Baim dan Paula berkahwin pada 22 November 2018 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Kiano Tiger Wong yang kini berusia dua tahun.

Paula kini sarat hamil lapan bulan dan dijangka melahirkan anak kedua dalam waktu terdekat.

Liputan6

Kredit : mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *