Hiburan

Majlis Keselamatan Negara Arah Si4satan Dilakukan Terhadap Isu 50 Selebriti Di Program Hiburan

Sebelum ini, tular di media sosial menyaksikan rata-rata netizen didakwa kurang senang dengan sebuah rakaman program berbentuk hiburan yang disiarkan di televisyen. Netizen turut mempertikaikan jumlah kehadiran 50 selebriti ke rakaman program tersebut dan SOP yang seharusnya perlu dipatuhi.

Susulan itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) menerusi laporan BH Online, telah mengarahkan supaya siasatan dilakukan ke sebuah rancangan hiburan yang didakwa melanggar SOP.

Akan mengambil tindakan sewajarnya

 

Menurut Ketua Pengarahnya iaitu Datuk Mohd Rabin Basir berkata siasatan ke atas program rakaman tersebut akan dikendalikan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKM) sendiri. Malah, difahamkan rakaman program tersebut telah dijalankan pada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang dikuatkuasakan antara 3 Mac hingga 11 April lalu.

Kita sudah maklumkan perkara ini kepada KKM dan kementerian berkenaan sedang meneliti keseluruhan aspek rakaman program. KKM akan mengambil tindakan sewajarnya, jika mereka mengenal pasti berlaku pelanggaran apa-apa SOP sepanjang rakaman program terbabit.

Polis tetap akan si4sat

 

Datuk Mohd Rabin turut mengulas dakwaan rakaman tersebut yang membabitkan 50 selebriti sebagai juri dilihat tidak memakai pelitup muka atau face shield sepanjang rakaman berlangsung. Tambahnya lagi, tindakan penguatkuasaan masih boleh diambil jika terdapat ketidakpatuhan SOP, meskipun rakaman telah selesai.

Rakaman rancangan ini dipercayai dibuat ketika arahan PKPP dikuatkuasakan sebelum ini, tetapi tetap ada syarat perlu dipatuhi seperti pemakaian pelitup muka dan sebagainya.

Kalau ada pelanggaran dia boleh diambil tindakan. Walaupun benda itu (rakaman program berkenaan) sudah berlaku, ia timbul di media atau sebagainya, polis tetap akan siasat.

Sumber: BH Online

Kredit: Ohbulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *