Hiburan

“So cutee the little baby” – Doktor terp4ksa vakum kepala anak Ain Edruce, tunggu 26 jam tak keluar sendiri.

SELEPAS hampir dua minggu bersalin cahaya mata pertama, pelakon dan pengacara Ain Edruce akhirnya mendedahkan wajah dan nama puteri sulungnya itu kepada umum.

Ain atau nama sebenarnya, Nurulain Edruce, 30, berkongsikan nama anaknya ringkas, Soraya yang membawa maksud kecantikan menerusi saluran YouTube miliknya pada Selasa.

“Nama anak saya Soraya… sebab nama bapa dia panjang, tiga patah perkataan.

“Kawan-kawan saya pun dah bertanya nak tengok gambar anak saya, saya kongsikan ini bukan untuk menunjuk atau apa… sekadar ingin berkongsi kegembiraan kami bersama, our little Soraya,” katanya.

 

Ain pilih nama Soraya untuk anak perempuannya.

Menerusi video itu juga, Ain berkongsikan pengalamannya yang terpaksa bertarung lebih 26 jam untuk melahirkan buah hati pertamanya itu.

“Saya masuk hospital 18 Mei pukul 12.30 tengah malam dan baby selamat bersalin pada 19 Mei pukul 1.30 pagi. Bayangkan berapa lama saya lalui proses itu.

Nama anak saya Soraya… sebab nama bapa dia panjang, tiga patah perkataan.

AIN EDRUCE

PELAKON, PENGACARA

“Doktor terpaksa vakum kepala anak untuk senangkan proses bersalin dah Alhamdulillah semua berjalan lancar.

“Kesan vakum pada kepala anak pun dah tiada sekarang,” katanya.

 

Wajah Soraya didedahkan kepada peminat selepas dua minggu dilahirkan.

Ain selamat melahirkan Soraya pada 19 Mei lalu di sebuah pusat perubatan swasta di Subang Jaya, Selangor.

Pelakon drama siri Kekasih Paksa Rela itu mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Muhammad Amirul Hafiz, 28, pada 13 Disember 2019 di Magica Hall, Quill City, Kuala Lumpur.

 

Sumber: mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *