Hiburan

‘Buat Ini Saya Tiada Masa Melayan Orang G1la’ – TMJ

Menerusi perkongsian Instastory Tunku Mahkhota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim di laman Instagram, menjelaskan baginda tidak mempunyai masa untuk perkara remeh yang sama sekali tidak menjadi kepentingan buat dirinya.

‘Tiada masa melayan’

 

Foto: Tunku Mahkhota Johor

Ujarnya lagi, baginda hanya mahu memfokuskan terhadap kebajikan rakyat yang lebih memerlukan bantuan daripada baginda merangkumi pelbagai aspek daripada membuang masa terhadap perkara-perkara yang tidak penting.

Buat masa ini saya tidak ada masa nak layan orang g1la atau benda g1la. Saya hanya mahu memberi tumpuan untuk membantu rakyat dalam setiap aspek dengan apa sahaja cara yang saya mampu.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan pesanan tersebut ditujukan kepada siapa. Pada masa yang sama, baginda menjelaskan kehidupannya bertambah baik selepas mengurangkan penggunaan media sosial. Tidak berakhir di situ, baginda turut memberi peringatan kepada netizen supaya menggunakan media sosial secara bersederhana dan memanfaatkan masa dengan sebaik mungkin.

Lebih baik hidup di dunia yang sebenar lakukan perkara yang positif di samping individu yang tersayang yang akan memberi manfaat kepada diri sendiri dan individu lain. Percaya dengan sebaik-baik Pencipta, Allah. Selamat malam.

Pesanan TMJ

 

 

sumber: Ohbulan

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *