Hiburan

Ifan Seventeen Selamat Bernikah Dengan Citra Monica, Siap Ada ‘Live’ Dekat TV

VOKALIS kumpulan Seventeen, Riefian Fajarsyah atau Ifan selamat disatukan dengan kekasihnya yang juga model terkenal Indonesia, Citra Monica pada pagi Sabtu.

Menurut laporan Liputan6, majlis pernikahan itu diadakan secara tertutup namun disiarkan secara langsung di salah satu stesen televisyen negara berkenaan.

Ifan sah menjadi suami kepada Citra dengan sekali lafaz dihadapan jurunikah, M Lubis di sebuah lokasi di Jakarta Barat, Indonesia.

 

Dalam majlis tersebut, Ifan menyerahkan mas kahwin berupa wang tunai AS$3,500 (RM14,500), emas seberat 40 gram, set cincin berlian dan kelengkapan solat.

Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada April lalu.

Keluarga restu perkahwinan Ifan dan Citra.

 

Ini merupakan perkahwinan kedua buat Ifan dan Citra.

Pada 22 Disember 2018, isteri Ifan iaitu Dylan Sahara meninggal dunia dalam bencana tsunami yang melanda Selat Sunda.

Tragedi itu juga mengorbankan tiga anggota kumpulan Seventeen yang ketika itu sedang membuat persembahan di persisir pantai Tanjung Lesung, Banten, Indonesia.

 

 

sumber: mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *