Hiburan

“Nampak mata Maryam bengk4k” – Netizen Simpati Lihat Maryam Duriankimchi Menangis, Mohon Maaf Atas Kes4lahan Suami

Beberapa hari ini, nama pasangan Korea-Malaysia, Duriankimchi telah menjadi sebutan ramai selepas mereka terpalit dengan beberapa isu kontroversi yang sedang hangat diperkatakan di media sosial.

Yang pertama ia berkenaan komen Ryzal melibatkan Neelofa dan isu parkir di mahkamah. Yang kedua dan sedang hangat menjadi kritikan ramai ialah berkaitan isu Ryzal menghina pakaian tradisi kaum Iban.

 

Merasa terkesan dengan isu tersebut, Maryam menerusi satu video dilihat telah memohon maaf atas kesalahan yang dilakukan suaminya.

Menurutnya, kata-kata Ryzal telah membuatkan ramai orang marah kepada mereka dan dia telah meminta maaf kepada kaum Iban di Malaysia.

Yesterday my husband buat masalah. He make a joke about Iban tradisional dress. People angry and disappointed. Saya deeply sorry.

“Minta maaf, minta maaf to Iban people in Malaysia. Saya suka Malaysia culture,” katanya.

 

 

Membaca komen-komen netizen, Maryam juga mengakui semua orang di mana-mana negara pasti akan sensitif bila menyentuh soal budaya negara mereka. Perkara ini juga tidak terkecuali kepada negara asalnya, Korea.

“Kesian maryam dah laa tengah pregnant” 

 

Video yang dimuat naik ke Tiktok itu telah mendapat lebih 140,000 likes yang mana rata-rata netizen bersedih melihat situasi Maryam yang nampak ikhlas dan menangis hingga bengkak mata ketika memohon maaf atas kesalahan dilakukan suaminya itu.

Malah ramai juga simpati dengan keadaan Maryam yang sedang hamil dan terpaksa pula berhadapan dengan situasi ini.

Harap selepas ini Ryzal lebih sensitif lah dengan isu berkaitan budaya dan lain-lain di negara ini. Kasihan Maryam terkena tempiasnya. 

Sumber: lobakmerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *