Hiburan

(VIdeo) “Kami Hanya Bergurau” Dikcam Hebat Kerana Persnda Pakaian Tradisi Orang Iban, Pasangan Durian Kimchi Tampil Mohon Maaf

Gara-gara memuat naik sebuah video mempersenda pakaian tradisi orang Iban, pasangan personaliti media sosial sensasi Durian Kimchi iaitu Ryzal Ibrahim dan Maryam dikecam hebat oleh netizen dan rakan artis yang tersinggung dengan perbuatannya itu.

 

 

Video yang di muat naik itu memperlihat Ryzal memberi komen mengenai pakaian tradisi Iban yang digayakan oleh Maryam dengan membahasakannya sebagai ‘kain meja’ dan ‘alas televisyen’ sehingga mengundang kemarahan ramai, terutamanya rakyat Sarawak.

 

Bukan sahaja dihentam netizen, malah pasangan itu juga turut menerima kritikan hebat dari rakan-rakan artis seperti Bob Yusof, Alyssa Joanne dan Faye Kusairi yang tidak bersetuju dengan tindakannya mempersendakan pakaian tradisi Iban.

 

Kata Faye, sebagai anak Sarawak, tindakan Ryzal menggelarkan pakaian tradisional negeri itu telah mengguris hatinya.

“I am a proud Sarawakian and of course, saya terguris juga.

“Tau tak “kain buruk” yang awak cakap tu originally handmade and it takes a specific someone to dream about the design first.

“Lepas tu dia akan ke hutan mencari bahan untuk warnakan corak benang tu untuk ditenun and only yang dapat mimpi tu je mampu tenun based on her memory.

“Begitu majistik “kain buruk” yang awak cakap tu. Ini baru cerita pasal kain.. belum lagi lain-lain,” kata Faye.

Jelas Faye lagi, kaum Dayak di Sarawak antara kaum yang menghormati masyarakat setempat dan tidak menghina budaya orang lain.

“Jarang sekali saya dengar kaum Dayak Sarawak mempermainkan atau mempersenda apatah lagi menghina adat dan budaya kaum lain.

“Mereka yang dikatakan “kuno” ni lagi pandai hormat orang lain yang jauh lagi “urban” dari mereka.

“Hati-hati bila bergurau dan jadilah lebih berhati hati bila dah popular,” nasihatnya.

 

 

Selain itu, turut menyatakan kekesalan bintang Big Stage 2020, Nana Sheme.

“Berhenti buat lawak terhadap budaya orang lain. Hentikan pemikiran low class ini.

“Ya, kamu boleh memohon maaf tapi harus faham, terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata buruk padahnya.

“Sila hadam, sila belajar dari kesilapan. Terima kasih,” pesannya.

 

 

Sementara itu, bagi Sharnaaz komen yang dibuat oleh Ryzal telah mencalarkan nama penggiat seni kreatif tempatan.

“Hapuskan acah-acah artis taukua rendang yang membasikan nama baik penggiat seni tanah air yang berjuang demi karya dan periuk nasi.

“Ya betul sesetengah tu memang patut dibaling dumbell, tenga belakang. Tapi musibat seperti ini (Ryzal) dan semalam (Iman Troye) yang kunyitkan nama baik anak seni.

“Bakat bukan atas berapa ramai followers lu, tapi apa sumbangan lu pada dunia seni.

“Ryzal dan bini Korea hang, hormat itu budaya orang. Hang tahu budaya apa tak ni?” tulis Sharnaaz.


Setelah menerima banyak kecaman dan kritikan, pasangan itu tampil memohon maaf di dalam sebuah video yang di muat naik di laman Instagram mereka.

Ryzal di dalam video itu turut mengakui kesalahan yang dilakukannya disifatkan sebagai ‘tidak menjaga sensitiviti’ rakyat Sarawak, beliau juga menegaskan bahawa tidak ada niat lain selain hanya mahu bergurau dengan isterinya, Maryam.

Malah Ryzal juga memberitahu bahawa isterinya itu tidak ada kena mengena dengan gurauan yang dilontarkannya kerana Maryam tidak memahami apa yang dikatakan oleh beliau.

Kami berharap Ryzal belajar dari kesilapan dan lebih berhati-hati dalam percakapannya selepas ini.

Sumber : Twitter dan Instagram Ryzal Ibrahim, Maryam, Bob Yusof, Alyssa Joanne, Faye Kusairi

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : hotfm

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button