ISU SEMASA

Khidmat Tajuddin sebagai Pengerusi Prasarana ditamatkan

SUSULAN sidang media yang memalukan berhubung insden kemlangan dua tren LRT, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dipcat sebagai Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), berkuat kuasa serta-merta.

Perkara itu dimaklumkan menerusi surat yang dihantar oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang tersebar di aplikasi WhatsApp.

Menurut surat bertarikh 26 Mei 2021 itu, Menteri Kewangan bersetuju agar perkhidmatan Tajuddin sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana ditamatkan berkuat kuasa serta-merta.

Dilaporkan, sidang media dikendalikan Tajuddin pada pagi Selasa di lokasi kejadian sebagai perbuatan tidak profesional, bi4dab dan amat memlukan rakyat Malaysia pada saat negara berdepan trgedi kemlangan besar dalam tempoh 25 tahun.

 

Tingkah laku Tajuddin sepanjang sidang media berdurasi 21 minit dan 25 saat itu juga menampakkan kedngkalan beliau berhubung fakta latar belakang kejadian, perangkaan berkaitan kemlangan sehinggakan kenyataan dikemukakan seringkali perlu diperbetulkan oleh pegawai-pegawai yang mengiringi beliau.

 

Tindak-tanduk Tajuddin yang dikcam warganet sewaktu mengadakan sidang media berkaitan peristiwa kemlangan dua tren LRT yang menyebabkan sejumlah 47 penumpang cdera prah, manakala 166 lagi cdera ringan.

Dalam sidang media berkenaan, Tajuddin secara berjenaka memberitahu wartawan keadaan kemalangan dalam terowong bawah tanah itu adalah ‘normal dengan hanya dua tren bersama, saling berc1um’.

Ahli Parlimen Pasir Salak itu turut dibdas kerana ggal hadir ke lokasi kejadian bersama-sama Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ir Wee Ka Siong pada malam kemlangan berlaku.

Namun beliau memberi alasan tidak dapat hadir kerana baru selesai bermesyuarat dan bersiap sedia untuk mendapatkan dos kedua vaksin c0vid-19.

Dalam pada itu, media sosial dihujani gesaan agar Tajuddin disingkirkan daripada Prasarana, susulan polemik selepas sidang media Selasa lalu.

Tanda pagar #LetakJawatanTajuddin dan #TajuddinLetakJawatan menjadi sohor kini di Twitter, malah petisyen dalam talian juga dilancarkan bagi menggesa dia berundur segera.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *