Hiburan

Mengidam Durian Musang King & D24, Siti Sarah Syukur Nikmat Hamba Allah Bagi Percuma – “Bukan Sebiji Dia Bagi, Boleh Buat Kenduri.”

Baru-baru ini, penyanyi, Siti Sarah ada memaklumkan yang dirinya ketika ini terlalu mengidam untuk makan buah durian jenis Musang King dan D24.

Sehubungan itu, Sarah dilihat telah pun memuat naik sebuah hantaran di laman Instagram bagi meminta pertolongan daripada para pengikutnya untuk mencari buah tersebut.

Katanya lagi, dia terlalu menginginkan buah tersebut sehingga ia dikatakan terngiang-ngiang di fikirannya.

 


“Bantulah ibu hamil ni. Tibe-tibe Sarah tringin benar nak makan durian musang king atau d24. Terfikir sampai tengiang-ngiang.

“Manelah Sarah nak dapat ye? Sekarang tengah musim musang king atau d24 ke? Kalau boleh, nak yang dara tak berusik, kat supermarket macam ade tapi Sarah tak nak yang dah kopek punye.

“Kalau ade, boleh hantar ke puchong tak? Sesape tau plz DM sarah ye,” tulisnya.

 

Tidak lama selepas itu, menerusi entri berasingan, isteri kepada pelawak, Shuib Sepahtu ini mengakui berasa amat gembira selepas memaklumkan ada individu yang berbesar hati untuk memberikan buah durian yang baru dibelinya secara percuma buat Sarah.

 

Jelas Sarah, dia berasa amat berterima kasih kepada individu berkenaan kerana sudi menghadiahkan buah-buah tersebut kepada dirinya.

“Ya Allah murah rezeki hamba Allah yang memberii nie. Baru post petang tadi, lepas tu ade orang nak kongsi rezeki.

“Lepas kempunann ibu hamil. Bukn sebijik dia bagi tp nie dah bole buat kenduri. Terima kasih banyak-banyak adik A,” kongsinya.

 

Dikesempatan itu juga, penyanyi lagi Semakin ini turut menitipkan doa semoga individu tersebut sentiasa dimurahkan rezeki.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen teruja melihat perkongsian tersebut selain turut menyifatkan Sarah sebagai ibu hamil yang sangat beruntung.

 

Sekadar informasi, Sarah dan suaminya yang juga pelawak dan ahli perniagaan itu pada 26 Februari 2011.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan selebriti ini dikurniakan tiga cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6 tahun.

Sumber: Instagram Siti Sarah

Kredit: MH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *