Neelofa, Muhammad Haris berdepan dua pertudvhan esok

SEREMBAN: Selebriti, Noor Neelofa Mohd. Noor dan suaminya, Muhammad Haris Mohd. Ismail akan didakwa di Mahkaman Seremban, esok atas dua pertuduhan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Dua pertuduhan berkenaan adalah gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk ‘check in’ atau menulis secara manual serta tidak memakai pelitup muka di tempat awam.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd. Fazley Ab Rahman berkata, pertuduhan ke atas pasangan tersebu akan dijalankan esok selepas kertas siasatan kes perlanggaran SOP PKPB melibatkan kedua-duanya telah dikembalikan dari Pejabat Peguam Negara, Putrajaya hari ini.
Jelasnya, kedua-dua penama berkenaan akan dituduh di bawah Peraturan 19, Peratutan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No 4) (Pindaan) (No 12) 2021.
Menurut beliau, Muhammad Haris akan dihadapkan di atas dua pertuduhan iaitu yang pertama gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk ‘check in’ atau menulis secara manual dan tud0han kedua iaitu tidak memakai pelitup muka di tempat awam sebagaimana ditetapkan dalam SOP PKPB.
Jelasnya, Neelofa pula dituduh ekoran gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk ‘check in’ atau menulis secara manual.
“Hukuman bagi setiap pertuduhan adalah denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya. Penama akan dituduh di Mahkamah Seremban pada 20 Mei 2021.
“Pihak polis menasihati orang ramai terus kekal mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta SOP yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dalam memutuskan rantaian C0v1d-19. Prinsip tiada individu yang mengatasi undang-undang adalah diutamakan dalam penguatkuasaan undang-undang,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Pada 4 Mei lalu, Neelofa dan Muhammad Haris dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai bagi memberi keterangan selama empat jam berkaitan penularan gambar dan video mereka berada di sebuah premis menjual permaidani di Pusat Perniagaan Nilai 3 pada 2 Mei 2021.
Turut diambil keterangan ialah pemilik premis serta pembantu kedai karpet tersebut.
Neelofa menjadi bualan hangat netizen selepas didakwa merentas negeri ke Nilai 3, Negeri Sembilan untuk membeli karpet dan netizen mempersoalkan bagaimana dia boleh nerentas negeri semata-mata untuk membeli barang perhiasan rumah.
Perkara tersebut mula menjadi bualan selepas Neelofa memuat naik sekeping foto dan video di akaun Instagram miliknya yang memaparkan dia dan suami berada di sebuah kedai karpet.
Dalam video yang dikongsi juga, dia dilihat merakam seorang pekerja dan turut mempromosikan kedai tersebut yang terletak di Nilai 3, di sini. -UTUSAN ONLINE