Hiburan

Batal Tempahan Baju Raya, Noraniza Idris Pr0tes Tak Dapat Beraya Dengan Cucu Gara-Gara PKP 3.0

Penyanyi etnik kreatif terkenal negara, Noraniza Idris meluahkan rasa terkilan dan kecewa kerana tidak dapat berkumpul dan beraya bersama anak-anak dan cucu sulungnya gara-gara perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) yang diumumkan kerajaan semalam.

Noraniza atau nama sebenarnya Nor Aniza Haji Idris mengakui hatinya berasa sungguh sedih dan turut merajuk hati kerana anak-anak dan cucunya tidak dapat bersama untuk raya kali ini.

Tambah ratu etnik kreatif negara ini lagi, dia kini merajuk dan protes dengan diri sendiri malah turut membatalkan beberapa persiapan hari raya.

 

“Memang sedih..rasa down sangat. Boleh kata, saya merajuk dan protes dalam diri sendiri. Tahun ini tahun tak beraya bagi saya. Baju raya dah pun saya dah batalkan tempahan dan tak nak masak untuk raya.”

Ujar Noraniza yang lebih mesra disapa sebagai Kak Ani ini lagi, dia pada mulanya merancang untuk berkumpul dengan anak-anak untuk hari lebaran yang bakal menjelma tiba. Malah, Kak Ani turut membuat perancangan untuk menempah kondominium seminggu sebelum raya.

 

“Dah la tahun ini kali pertama saya akan beraya dengan cucu perempuan. Macam-macam saya berangan nak masak untuk anak-anak. Bila tiba-tiba PKP ini, hancur harapan saya. Anak-anak pula tinggal di KL, saya dan suami di Semenyih. Memang lain daerah. Memang sangat sedih sebab pertama kali raya berdua sahaja dengan suami..”

Terdahulu, anak lelaki sulungnya, Aliff Haiqal dan isteri telah selamat menimang cahaya mata perempuan yang diberi nama Hannah pada 23 Mac yang lalu.

Isnin lalu, kerajaan telah mengumumkan keputusan mengejutkan iaitu perlaksanaan PKP di seluruh negara serta larangan baharu berkaitan lawatan ziarah serta aktiviti sepanjang Aidiilfitri bermula Rabu ini.

SUMBER : mStar Online

Kredit: Beautifulnara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *