Hiburan

Kes gadvh Lan Pet Pet selesai, penghantar makanan tarik balik lap0ran p0lis… mengaku cetuskan pr0v0kasi

SUSULAN video pergadvhan antara Lan Pet Pet dengan penghantar makanan yang tular di media sosial, pelawak berkenaan memberitahu isu tersebut sudah selesai cara baik.

Lan atau nama sebenarnya, Mazlan Ahmad, 52, berkata, penghantar makanan tersebut sudah pun menarik semula laporan p0lis yang dibuat selepas mengakui kesilapannya sebagai punca pergadvhan itu berlaku.

“Kami dah bersemuka dan kes pun sudah selesai. Lepas saya buat rep0rt polis dan dalam dua, tiga hari selepas itu dia (penghantar makanan) pun buat laporan polis.

“Saya ucap terima kasih dengan bro penghantar makanan itu dan kami dah berbaik secara aman damai,” katanya dalam sidang media yang disiarkan menerusi laman Instagramnya pada Sabtu.

 

Perkongsian Lan di laman Instagramnya.

Sementara itu, peguam mewakIi Lan, Datuk Dr. Aswandi Hashim berkata, sidang media itu diadakan bagi menjelaskan perkara sebenar bagi pihak anak guamnya.

“Perkara ini sebenarnya melibatkan sedikit salah faham.

“Video viral oleh wanita tersebut (yang merakam ins1den pergadvhan Lan) seolah-olah menghakimi (tanpa usul periksa).

Saya ucap terima kasih dengan bro penghantar makanan itu dan kami dah berbaik secara aman damai.

LAN PET PET

PELAWAK

“Kalau salah 100 peratus pada Lan, saya yakin rider itu akan sam4n Lan di atas kerugian (kec3d3raan) yang dialaminya… tapi akhirnya bila bersemuka, dia menarik balik report tersebut,” ujarnya.

Dalam laporan media sebelum ini, ahli kumpulan Senario itu menjelaskan dia bertindak balas kasar terhadap penghantar makanan tersebut selepas menegur lelaki berkenaan menunggang motosikal dalam keadaan berb4haya.

“Saya menegur pemuda itu sebab tindakannya menggunakan telefon bimbit ketika menunggang motosikal amat berb4haya. Bukan sahaja boleh meng4nc4m nyawanya, malah pengguna jalan raya lain.

 

Video itu tular selepas dirakam pengguna jalan raya lain yang melihat ins1den tersebut.

“Bagaimanapun, lain pula jadinya apabila saya kena m4k1 dan menerima pr0v0kasi… saya juga manusia biasa, kesabaran ada batasan, takkan saya mahu membiarkan sahaja apabila diser4ng.

“Tindakan saya hanya untuk mempertahankan diri, bukan tunjuk samseng. Bagaimanapun, kami hanya bergadvh dalam beberapa saat sahaja,” katanya.

Pada Selasa lalu, sebuah video berdurasi 24 saat itu dikongsi oleh pengguna laman sosial dan mend4kwa Lan melakukan keker4san terhadap pengguna jalan raya lain.

Menerusi video berkenaan, Lan dilihat merangkul dan memvkvl kepala lelaki tersebut tetapi cuba ditenangkan tiga lelaki lain.

Sumber: mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *